Maruah Harga Seorang Kolektor Komik Dulu dan Kini.

Salah satu isu yang menjadi perkara penting dalam diri mana-mana kolektor komik adalah tentang harga komik.

Masih lagi segar dalam ingatan pada satu masa dulu pada zaman awal aku mula kumpul komik secara serius, harga satu judul komik Marvel atau DC Comics adalah USD$1.25 iaitu jatuh pada harga RM4.40 pada tahun 1992. Itu harga standard sehinggalah Image Comics mula masuk pasaran dan bersaing pada harga kompetitif USD$1.95 (RM6.80). Dengan nilai yang sedemikian untuk seorang pelajar sekolah yang hanya berbakal RM2.00 setiap hari ke sekolah memang cukup logik bila sampai hujung minggu untuk pick-up shipment baru di The Mind Shop, Comics Corner atau DCM Subang Jaya.

Pull list box yang disasarkan pada bajet RM40-50 seminggu. Kalau ada terlebih, ini bermakna aku kena cari duit lebih dengan mengambil freelance seperti ambil upah siapkan lukisan kawan-kawan setiap kali subjek Pendidikan Seni, tolong cikgu refill mesin air kotak atau apa-apa kerja lain yang boleh mendatangkan hasil di dalam dan di luar waktu sekolah.

Bayangkan pada waktu itu aku sudah sedikit demi sedikit melatih diri untuk menjadi broker komik.

Begitu bertuah lagi kerana era 90an adalah zaman kemuncak paling ampuh buat semua kolektor seluruh dunia. Sehinggalah gelembung itu pecah berkecai menjelang hujung dekad tersebut dan punah segalanya termasuk harga komik yang sudah tidak tentu arah sehinggalah ke hari ini.

Hari ini pasaran kolektor amat mudah untuk dimanipulasi walaupun tidaklah separah zaman yang aku lalui dulu.

Cuma dengan sumber media sosial dan internet yang sahih atau tidak serta datangnya entah dari mana, aku yakin keseronokannya mungkin ketara berbeza berbanding dahulu. Ya, ada lagi semangat thrill of the hunt dan ada lagi saingan sengit untuk top each other dalam lapangan ini. Cumanya kehadiran penerbitan digital dan pasaran tradepaperback di luar sana sedikit sebanyak menurunkan nilai elit seorang kolektor komik itu.

Begitulah adanya.

Yang penting the fight is still rages on!

 

FM 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *