Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Marvel Comics Bakal Muncul dengan Jelmaan Hulk Paling Ganas!

Marvel Comics hari ini mengumumkan bahawa sambutan ulangtahun ke-60 Hulk tulisan Donny Cates (Venom) dan Ryan Ottley (Amazing Spider-Man) akan mencapai kesimpulan sungguh di luar jangkaan menjelang isu #6 April nanti.

Apabila kawalan Bruce Banner ke atas Hulk makin merosot, sesuatu yang lebih tragis bakal mengambil alih. Ancaman baharu yang muncul menjanjikan perubahan besar yang akan menghancurkan status Hulk ke terasnya malah menyemarakkan kemarahan Bruce Banner ke tahap maksimum.

Pendek kata, Hulk baharu ini akan kelihatan sangat menakutkan dan amat merbahaya!

Dalam satu siaran media rasmi oleh Marvel Comics hari ini:

“This new threat is basically the Hulk’s Knull for Venom. But just like Donny and Ryan’s run on Hulk overall, it’s crazier and more dangerous than you can imagine. The heroes of the Marvel Universe may think Hulk is the problem, but he’s not – THIS is the problem. And after Hulk #6, there’s no stopping it!”

Masih belum jelas sama ada transformasi terbaharu ini mengasingkan Bruce Banner dan Hulk secara kekal. Walau apapun berlaku, ini adalah hala tuju yang menarik untuk membawa watak itu tepat pada masanya untuk acara Hulk vs Thor yang diumumkan baru-baru ini yang juga menandakan ulangtahun ke-60 untuk Dewa Asgard itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.