Categories
Animasi Filem Komik Manga Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Marvel Studios Dilaporkan Punya Rancangan Besar dan Luarbiasa untuk DOCTOR DOOM!

Doctor Doom adalah antagonis terhebat dalam sejarah komik Marvel tetapi seolah-olah telah “dibazirkan” untuk tiga buah filem sebelum ini.

Kini, perhatian terus diberikan kepada Marvel Studios tentang perancangan lanjut bagaimana mahu membawa watak Victor Von Doom terus relevan ke layar pawagam. Dan satu khabar angin bertiup kencang di kala ini telah mendedahkan bagaimana Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dan tenaga kreatifnya yang sudah pun mula menggerakkannya.

Berdasarkan satu sumber yang boleh dipercayai, Doctor Doom tidak akan muncul sebagai musuh utama Fantastic Four dalam pengembaraan sulung mereka untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU). Tetapi itu tidak bermakna beliau akan berhenti daripada memberi ancaman kerana Marvel Studios bersiap-siaga untuk rencana cerita lebih besar demi masa hadapan MCU.

Salah satu idea tersebut adalah memperkenalkan kisah asal-usul Dr. Doom menerusi saluran strim Disney+ TV sebelum hadir bertembung dengan Fantastic Four.


Hanya masa akan menentukan perkhabaran di atas dan sudah tentunya kita sedar bahawa wujud lebih banyak seteru Fantastic Four yang hebat untuk mengacam mereka sebelum kemunculan Dr. Doom

Apa pula pendapat dan pandangan anda tentang laporan ini? Komen seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.