Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Matt Murdock Bakal ‘Bersepah’ Untuk Fasa Seterusnya Serata MCU!

Walaupun hanya muncul dalam satu babak kecil dalam filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME, Charlie Cox yang kembali beraksi sebagai watak peguam Matt Murdock dijangka akan muncul lagi dalam filem-filem akan datang di bawah Marvel Studios.

Ramalan paling popular berkemungkinan besar hadir menerusi siri SHE-HULK yang mana kita akan menyaksikan dua orang peguam terkenal Marvel Comics iaitu Jennifer Walters bertegang urat dengan Matt Murdock (atau mungkin kemunculan pertama Daredevil dengan seragam kuningnya!)

Selain itu, siri MOON KNIGHT, ECHO dan IRONHEART turut menjadi spekulasi untuk kemunculan adiwira buta tersebut. Vincent D’Onofrio juga kembali sebagai Kingpin dalam HAWKEYE baru-baru ini dengan ramai peminat mahu menyaksikan kemunculan penuh Daredevil sama ada dalam filem/siri solonya sendiri atau sekurang-kurangnya dalam filem Spider-Man yang akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.