Categories
Blog

Michael Bay

Ramai di antara kenalan saya yang kaki wayang tidak suka dengan Michael Bay.

Ada yang menyatakan beliau adalah seorang pengarah syok sendiri, tidak masuk akal, manipulator, pengarah popcorn, menghabiskan duit produksi, kaki sembang, kering dan macam-macam lagi.

Saya mempunyai kepercayaan berbeza berbanding semua di atas.

Saya mengagumi Michael Bay kerana beliau adalah seorang pembikin filem yang kental dan berpengalaman luas dalam industri. Paling penting adalah beliau faham bisnes film-making.

Sejak Bad Boys (1995) sehingga Transformers: The Last Knight (2017), tiada satu pun filem yang dihasilkan beliau ‘flop’ atau gagal di pawagam.

7/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published.