Categories
Filem Komik Terkini

Michael Keaton Akhirnya Dedahkan Kenapa ‘Reject’ BATMAN FOREVER!

Bagi ramai peminat DC Comics, Michael Keaton masih kekal sebagai antara jelmaan Batman yang terbaik di layar pawagam. Aksinya dalam filem Batman (1989) dan Batman Returns (1992) arahan Tim Burton sangat diminati ramai tetapi tidak kembali untuk Batman Forever (1995) di bawah sutradara dan mendiang Joel Schumacher yang membawa francais itu ke arah yang lebih mesra dan komersial.

Pada hari ini, pelakon hebat tersebut akhirnya mendedahkan apakah yang menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan peranan yang cukup sinonim dengannya itu.

Petikan wawancara podcast Backstage (di bawah kendalian The Playlist) memetik alasan Michael Keaton yang berikut:

“It was always Bruce Wayne [and] never Batman. [With] the director who directed the third one, I said, ‘I just can’t do it’. And one of the reasons I couldn’t do it was—and you know, he’s a nice enough man, he’s passed away, so I wouldn’t speak ill of him even if he were alive—he, at one point, after more than a couple of meetings where I kept trying to rationalize doing it and hopefully talking him into saying I think we don’t want to go in this direction, I think we should go in this direction. And he wasn’t going to budge.”

“But I remember one of the things that I walked away going, ‘Oh boy, I can’t do this.’ He asked me, ‘I don’t understand why everything has to be so dark and everything so sad,’ and I went, ‘Wait a minute, do you know how this guy got to be Batman? Have you read… I mean, it’s pretty simple.'”

Batman Forever menerima kritikan hebat walaupun dibintangi nama-nama besar seperti Tommy Lee Jones dan Jim Carrey. Nasib Batman and Robin (1997) jauh lebih malang sehingga hampir ‘membunuh’ francais filem Batman sehinggalah Christopher Nolan kembali untuk reboot Batman Begins (2005).

Leave a Reply

Your email address will not be published.