Categories
Filem Komik Terkini

Michael Keaton Bakal Kembali sebagai Bruce Wayne/Batman untuk filem THE FLASH!

Michael Keaton (Beetlejuice, RoboCop, Morbius) sedang hangat diperkatakan dalam rundingan serius untuk kembali sebagai Bruce Wayne untuk filem solo sulung The Flash!

Berdasarkan sumber yang dipetik dari The Wrap walaupun ianya masih dalam fasa awal perbincangan, pelakon ‘otai’ yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Oscar sebagai Pelakon Terbaik dalam Birdman (2014) itu bakal mengulangi peranan ikonik beliau di bawah arahan sutradara Andrés Muschietti (It, Attack on Titan) dengan menyaksikan Ezra Miller turut kembali sebagai Bart Allen/The Flash.

Laporan ini muncul selepas desas-desus mengatakan bahawa Jeffrey Dean Morgan (Watchmen, The Walking Dead) juga sedang dalam perbincangan untuk hadir semula sebagai Thomas Wayne. Sama ada berita itu tepat atau tidak, kini nampak jelas bahawa filem tersebut Flash solo ini sedikit sebanyak akan diadaptasi dari sumber komik asalnya.

Michael Keaton masih dianggap ramai pihak sebagai Batman aksi hidup terbaik sejak sekian lama. Maka berita ini pastinya akan disambut dengan kegembiraan oleh semua peminat filem asal arahan Tim Burton itu dengan laporan tambahan yang mengatakan The Flash bukan satu-satunya filem yang akan melihat kemunculan beliau untuk tempoh beberapa tahun yang akan datang!👇

Leave a Reply

Your email address will not be published.