Categories
Filem Terkini

Michelle Yeoh Bakal Bintangi Sekuel Filem Terbaru AVATAR!

Pelakon ternama kelahiran Malaysia, Tan Sri Dato’ Michelle Yeoh yang telah menikmati karier cemerlang di Hollywood kini dengan kejayaan blockbuster Crazy Rich Asians (2018) dan siri televisyen fiksyen sains popular Star Trek: Discovery telah terpilih untuk membintangi sekuel-sekuel terbaru Avatar arahan James Cameron.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, beliau akan memegang watak seorang saintis bernama Dr. Karina Mogue.

Selepas mencipta nama dalam industri perfileman di Hong Kong dan seterusnya meletakkan namanya di persada antarabangsa sebagai Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies (1997), namanya semakin mekar dengan filem drama aksi Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Avatar (2009) merupakan sebuah epik fantasi yang berlatarbelakangkan dunia asing bernama Pandora dan masih lagi bertakhta sebagai juara box-office setelah meraih kutipan rasmi US$2.8 bilion (RM11.58 bilion) di seluruh dunia.

Avatar 2 dijangka ada berada di pawagam seluruh dunia menjelang Disember 2020 dengan susulan tiga filem sekuelnya selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.