Categories
Filem Komik Terkini

Model Konsep Batmobile untuk Filem THE BATMAN Tertiris!

Seperti ramai sedia maklum, pengarah Matt Reeves telah mendedahkan imej rasmi untuk Batmobile terbaru beberapa bulan yang lalu untuk filem The Batman. Terkini, satu set ilustrasi imej yang lebih terang dan terperinci untuk keseluruhan rekabentuk kenderaan rasmi adiwira kotaraya Gotham tersebut telah dikongsi secara rasmi oleh pembikin model konsep, Jeff Frost.

Ianya dapat anda lihat di bawah ini:

Ada segelintir peminat agak kecewa dengan rekabentuk yang lebih realistik ini kerana beberapa lelaran menerusi filem lalu memiliki penampakan rekabentuk yang sangat radikal. Namun untuk semua peminat setia komik, Batman sebenarnya telah banyak beraksi dengan pelbagai model Batmobile sejak diperkenalkan pada tahun 1939.

Dan rekaan di atas ini amat jelas mengingatkan kita pada rekaan unik oleh pelukis komik legenda Neal Adams dari tahun 70an dan 80an dulu yang begitu realistik serta sporti dalam masa yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.