Netflix Sah Hasilkan SANDMAN, Bakal Menjadi Adaptasi TV Termahal DC Comics!

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Walaupun diiktiraf sebagai siri komik paling berpengaruh dan popular, Sandman hasil karya Neil Gaiman sudah sekian lama bergelut untuk direalisasikan sebagai sebuah naskah adaptasi filem mahupun televisyen. Malah sebelum ini pelakon, penerbit dan pengarah Joseph Gordon-Levitt turut mengumumkan telah menarik diri serta gagal membawanya ke layar pawagam.

Namun begitu setelah begitu banyak projek yang tertangguh sejak sekian lama, Netflix hari ini dengan secara rasmi telah menandatangani perjanjian dengan Warner Bros. Television dan DC Comics untuk sebuah adaptasi komik ke sebuah siri televisyen strim aksi hidup!

Berdasarkan sumber The Hollywood Reporter, penulis skrip filem Wonder Woman, Allan Heinberg telah dilantik sebagai sutradara (showrunner) siri tersebut manakala penulis asal Neil Gaiman dan David Goyer (Trilogi Dark Knight, Man of Steel, He-Man: Masters of the Universe) bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Lebih menarik, perjanjian bersejarah di antara Netflix dan Warner Bros. ini boleh dilabel sebagai sebuah komitmen kewangan dan produksi berbajet tinggi dan bakal menjadikan Sandman sebuah siri televisyen termahal pernah dihasilkan oleh DC Entertainment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *