Categories
Blog

Next Level Crossover! (20/2019)

Kita hidup pada zaman yang mana tiada perkara boleh dianggap mustahil lagi.

Baru hari ini Marvel telah mengumumkan satu judul komik baru yang memperkenalkan Conan the Barbarian sebagai ketua pasukan adiwira paling merbahaya dan berbisa dalam sejarah Marvel Comics bernama SAVAGE AVENGERS!

Selepas mendapat hak rasmi dan mandat penuh menerbitkan segala kandungan komik Star Wars, penerbit komik terutama dunia itu bijak mengambil peluang dan utilisasi watak panglima gasar perang lakonan Arnold Schwarzenegger tersebut setelah tamat kontrak penerbitan dengan Dark Horse Comics.

Cuma bezanya di sini, platform makin gah dan kuat.

Siapa sangka Conan the Barbarian boleh masuk Avengers. Kalau difikir-fikirkan semula, dengan komik.. segalanya mungkin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.