Categories
Komik Televisyen Terkini

CRISIS ON INFINITE EARTHS Bakal Gegarkan DCTV/CW Menjelang Tahun 2019!

Siri televisyen pelintang (crossover) Elseworlds berakhir malam ini dan pendedahan kesudahannya ternyata menggemparkan!

Menerusi penghujung prolog yang disiarkan, Batwoman telah menghubungi Oliver Queen/Green Arrow bahawa Dr. John Deegan/Doctor Destiny telah pun membuat kenalan baru di Arkham Asylum. Dan kenalan baru itu tidak lain dan tidak bukan adalah Psycho Pirate yang mengeluarkan kata-kata misteri berikut:

“..worlds will live, worlds will die, and the universe will never be the same.”

 

.

.

.

.

AMARAN SPOILER!

.

.

.

.

.

Berdasarkan komik asal, Crisis on Infinite Earths (1985-86) bermula dengan cubaan Anti-Monitor menghapuskan kesemua hidupan yang wujud di Semesta DC Comics dengan Psycho Pirate memainkan peranan penting.

Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler Rasmi Terbaru GODZILLA: KING OF THE MONSTERS!

Bersandarkan kejayaan cemerlang filem Godzilla and Kong: Skull Island, Warner Bros. dan Legendary Pictures kini bersiap sedia untuk menayangkan kisah seterusnya menerusi Alam MonsterVerse iaitu Godzilla: King of the Monsters.

Diarahkan oleh Michael Dougherty, filem itu nanti bakal dibintangi oleh Vera Farmiga, Ken Watanabe, Sally Hawkins, Kyle Chandler, Millie Bobby Brown, Charles Dance, O’Shea Jackson dan ramai lagi. Tidak banyak yang diketahui tentang plot cerita tersebut walaupun dengan pendedahan treler rasmi terbaru hari ini

Tonton treler rasmi terbaru Godzilla: King of the Monsters di bawah ini:

Filem ini bakal berada di pawagam pada 30 Mei, 2019 sebelum disusuli dengan Godzilla vs Kong pada 21 Mei, 2020.

Categories
Filem Permainan Video Terkini

Filem Aksi Hidup SONIC THE HEDGEHOG Bakal Hadir Tahun Hadapan!

Sonic The Hedgehog akan membuat kemunculan sulungnya ke layar pawagam tahun hadapan!

Berikut adalah pandang pertama poster filem aksi hidup adaptasi daripada permainan video popular awal 90an keluaran Sega tersebut:

 

Daripada penerbit francais Fast and the Furious, filem di atas akan berada pawagam seluruh secara rasmi tanggal pada 8 November, 2019.

Categories
Komik Terkini

Kemunculan Vladimir Putin dalam isu terbaru komik ‘Doomsday Clock’!

Tona dan tema dunia politik dalam Watchmen yang dicipta oleh Alan Moore nampaknya diteruskan lagi legasinya menerusi siri sekuel Doomsday Clock dengan memperkenalkan seorang figura global yang tidak asing lagi.

Menerusi isu #8, Vladimir Putin sendiri hadir membuat kemunculan setelah Firestorm secara tidak sengaja mengubah salah seorang rakyat Russia menjadi gelas!

Dan kesempatan ini telah digunakan oleh Presiden Russia tersebut untuk mengeksploitasi konspirasi “Teori Superman” untuk kelebihan politikal dan sentimen Anti-Amerika.

Doomsday Clock #8 kini telah berada di pasaran dan akan berakhir pada isu #12.

Categories
Komik Televisyen Terkini

Siri Crossover Terbaru Flash/Arrow/Supergirl ‘Elseworlds’ bermula hari ini!

“Elseworlds” merupakan jalan cerita pelintang (crossover) kali ke-5 dan adalah acara tahunan yang menggabungkan episod daripada The Flash, Arrow dan Supergirl menerusi saluran CW.

Crossover ini akan bermula hari ini menerusi siri televisyen The Flash (9 Disember, 2018) seterusnya Arrow (10 Disember, 2018) dan berkesudahan di Supergirl (11 Disember, 2018). “Elseworlds” turut akan memperkenalkan watak baharu seperti Batwoman dan Lois Lane ke dalam Semesta DCTV/CW termasuk Gotham City yang tiada kaitan dengan siri televisyen Gotham yang terlebih dahulu diterbitkan menerusi saluran Fox. – FM

https://www.youtube.com/watch?v=pYGRgj8HzI0

Categories
Filem Komik Terkini

‘Aquaman’ Pecah Rekod Pembukaan Filem Terbesar Warner Bros. di China dengan Kutipan Awal USD$93.6 juta!

Filem Aquaman arahan James Wan (The Conjuring, Insidious, Saw, Furious 7) telah bermula dengan cemerlang di pasaran box-office antarabangsa dengan kutipan USD $93.6 juta di negara China, sekaligus meletakkan ia filem nombor satu di dunia setakat ini. 

Rekod terbaru ini juga adalah rekod pembukaan filem terbesar untuk Warner Bros. dan DC Comics di negara tersebut dengan menumbangkan pemegang takhta sebelum ini, Ready Player One pada nilai kutpan USD$61.6 juta. 

Lebih mengagumkan, Aquaman turut berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah filem adaptasi DC Comics paling berjaya di atas filem Wonder Woman (USD$90.4 juta) dan Man of Steel (USD$63.4 juta) di negara China serta sudah pasti akan mengatasi Batman v Superman: Dawn of Justice (USD$95.7 juta) dan Justice League (USD$106 juta) menjelang hujung minggu ini, seterusnya sehingga tamat tahun 2018. – FM

 

Categories
Televisyen Terkini

Kesemua Judul Episod Musim ke-3 ‘Stranger Things’ Didedahkan Hari Ini!

Untuk peminat siri fiksyen sains thriller Stranger Things terbitan Netflix, hari ini kita telah didedahkan dengan kesemua judul lengkap untuk 8 episod siri web popular tersebut yang bakal disiarkan pada pada tahun hadapan.

Episod-episod itu adalah “Suzie, Do You Copy?”, “The Mall Rats”, “The Case of the Missing Lifeguard”, “The Sauna Test”, “The Source”, “The Birthday”, “The Bite” dan “The Battle of Starcourt.”

https://www.youtube.com/watch?v=PH3kBCSfL-4

Belum ada lagi tarikh siaran diumumkan oleh sumber rasmi setakat ini. – FM

Categories
Filem Terkini

Batman, King Arthur, Poe Dameron dan Tron bergabung dalam Filem ‘Triple Frontier’!

Bintang utama dan ternama yang membintangi watak-watak kegemaran ramai seperti Bruce Wayne/Batman, King Arthur, Poe Dameron, Tron dan Kingsman akan beraksi serta disatukan menerusi sebuah filem original terbitan Netflix berjudul Triple Frontier.  Ianya diterbitkan oleh penerbit filem trilogi The Dark Knight dan Wonder Woman dan akan mula ditayangkan menerusi saluran strim Netflix dan pawagam terpilih seluruh dunia pada Mac 2019. – FM

https://www.youtube.com/watch?v=Fo3yRLLrXQA