Pernahkah anda tertanya tentang asal-usul dari sejarah watak Scooby-Doo selama ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1969?

Fandango hari ini telah mendedahkan pandang pertama untuk filem animasi 3D terbaru Scoob! yang akhirnya akan menjawab persoalan tersebut dan bagaimana tertubuhnya Geng Mystery Inc. yang terdiri daripada Shaggy, Daphne, Velma dan Fred.

Treler rasmi sulung dijangka akan bersiaran pada hari Isnin ini.

Sementara itu, berikut adalah sinopsis rasmi berdasarkan petikan yang di ambil dari sumber sama:

“We’ll see Scooby and Shaggy meet, join the intrepid young detectives Fred, Velma and Daphne in forming Mystery Inc. and close hundreds of cases, sharing previously-untold adventures along the way. Then, they must foil a diabolical plot revolving around a ghost dog known as Cerberus, discovering Scooby’s secret legacy and their own epic destiny along the way.”

Pelakon suara legenda Frank Welker yang turut popular menerusi watak Megatorn dan Garfield) akan kembali beraksi sebagai Scooby-Doo. Beliau diiringi oleh bintang-bintang besar lain seperti Will Forte (Good Boys) sebagai Shaggy Rogers, Zac Efron (Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile) sebagai Fred Jones, Amanda Seyfried (Mamma Mia! Here We Go Again) sebagai Daphne Blake dan Gina Rodriguez (Jane the Virgin) sebagai Velma Dinkley.

Sebagai kejutan tambahan, filem ini juga akan menampilkan watak-watak animasi popular lain yang akan dilakonkan oleh Tracy Morgan (30 Rock) sebagai Captain Caveman, Ken Jeong (The Hangover) sebagai Dynomutt, Kiersey Clemons (Lady and the Tramp) sebagai Dee Dee Sykes, Mark Wahlberg (Mile 22) sebagai Blue Falcon dan Jason Isaacs (Harry Potter) sebagai Dick Dastardly!

Scoob! akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Mei, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *