Categories
Filem Televisyen Terkini

Pandang Pertama Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska sebagai Trio Baharu CHARLIE’S ANGELS!

Pengarah filem versi terkini Charlie’s Angels, Elizabeth Banks baru-baru ini telah berkongsi sebuah foto belakang tabir yang menampilkan kesemua watak utama filem tersebut.

Mereka terdiri daripada Kristen Stewart (Twilight) sebagai Dylan, Naomi Scott (Aladdin) sebagai Natalie dan Ella Balinska (Nyela’s Dream) sebagai Alex.

Walaupun ia jauh sekali adalah sebuah poster teaterikal rasmi kerana tidak memaparkan logo atau sebarang penjenamaan filem terbitan Sony Pictures, maka jelas sekali foto tersebut hanyalah sekadar perkongsian imej eksklusif di belakang tabir untuk tatapan peminat setia hasil adaptasi dan inspirasi siri televisyen popular era 70an.

Tiada sebarang perincian atau maklumat terbaru tentang jalan cerita filem tersebut dapat dikongsi melainkan ia akan hadir dengan lebih dari seorang watak Bosley iaitu Patrick Stewart, Djimon Hounsou termasuk Elizabeth Banks sendiri!

Lihat foto eksklusif di belakang tabir tersebut di bawah ini:

Charlie’s Angels dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia pada tanggal 1 November, 2o19.

Leave a Reply

Your email address will not be published.