Categories
Filem Media Novel Terkini

Pandang Pertama Timothee Chalamet untuk prekuel filem WONKA!

Timothee Chalamet yang dipilih sebagai watak utama menerusi filem Dune arahan Denis Villeneuve sebagai Paul Atreides yang bakal meledak di pawagam seluruh dunia tidak lama lagi, bakal menghidupkan satu lagi watak kontemporaro terkenal iaitu Willy Wonka dengan penampilan yang lebih muda belia.

Dengan penggambaran sudah pun bermula di studio Warner Bros., pelakon tersebut telah berkongsi pandangan pertama di sebalik tabir filem yang diberi judul Wonka itu.

Pengarah Paddington, Paul King diberikan peranan sebagai sutradara dan sah akan menjadi sebuah naskah prekuel berdasarkan buku kanak-kanak popular tulisan Roald Dahl.

Ia akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 Mac, 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published.