Categories
Blog

Penangan John Wick! (18/2019)

Saya ada seorang kenalan yang bukanlah seorang ‘kaki wayang’ dan tidak terlalu maklum tentang perkembangan dunia filem semasa.

Beliau tidak ambil tahu apakah filem yang terbaru dan akan datang di pawagam.

Beliau tidak ambil pusing semua filem Marvel, DC, Star Wars, Transformers atau francais filem blockbuster Hollywood lain kala ini.

Beliau juga tidak berapa ingat bila kali terakhir ke pawagam apatah lagi kepentingannya untuk menonton filem di atas papan layar sinema.

Itu pun kebetulan saya baru tahu kerana kami ada projek yang perlu dilaksanakan bersama. Maka sekali sekala beliau akan tanya kalau rasa bosan bila sudah siap kerja atau tidak tahu mahu buat apa tentang perihal semua filem baru yang sedang ‘panas’. Bukan ‘panas’ yang satu lagi itu tetapi yang ‘panas’ sekarang dan akan datang sampai orang kecoh dan riuh-rendah mahu tonton di pawagam.

Barulah nampak beliau bernafsu sedikit.

Yang peliknya, ada sebuah filem yang beliau sangat minat dan ikuti sampaikan melampaui pengetahuan saya yang peka filem ini.

Fanatik. Ekstrim. Obses. Taksub.

Tanyalah beliau perihal John Wick. Jangan kata nama kereta, hotel, musuh, dialog dan segala macam kekuatan dan kelemahan watak dan filem itu dia tahu.. saya rasa nama kuda tunggangan dalam filem terbaru tahun ini pun dia boleh ramal tepat.

Yang ini beliau akan bernafsu sungguh. Dan mungkin inilah jua yang dinamakan ‘Nafsu Kuda’ hasil penangan filem best sepertinya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.