Dua filem Deadpool sebelum ini merupakan box-office luarbiasa.

Dan kini Marvel Studios secara rasmi telah memegang hak penerbitan filem dan para peminat sudah tidak sabar-sabar lagu ingin melihat Ryan Reynolds masuk ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Setakat ini, masih belum ada tanda-tanda ia akan berlaku. Malah bintang utama filem tersebut juga sudah mengunjungi Marvel Studios tetapi mengatakan dalam beberapa wawancara bahawa dia tidak pasti tentang masa depan francais kegemaran ramai itu. Sudah pasti, bukan mudah mengatur perancangan memasukkan sebarang watak baru dalam MCU namun pencipta asal Deadpool, Rob Liefeld percaya bahawa kesalahan itu terletak pada bahu Marvel.

Dalam satu wawancara bersama comicbook.com baru-baru ini, beliau menyatakan:

“I blame Marvel that that it hasn’t happened yet. They are the reason it isn’t happening. Whatever conundrum or it didn’t fit into your master plan, just commission it. Okay, commission it. You know if Frank Frazetta was still around, you would say: Frank paint for me.”

Agak mengecewakan bahawa filem ini tidak mendapat tempat untuk Fasa 4 MCU. Kita juga masih tidak tahu sama ada ia masih diklasifikasikan sebagai tontonan PG-13 atau R-Rated kerana ianya masih dipertimbangkan oleh pihak Disney.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *