Walaupun terkenal oleh sebilangan besar peminat komik untuk karyanya di dalam dunia filem DC, nama pengarah Joel Schumacher mempunyai rentetan karier cukup luar biasa yang menyaksikan beliau menerajui lebih dari dua dozen filem sepanjang hayatnya.

Dukacitanya hari ini disahkan bahawa pembuat filem itu telah meninggal dunia pada usia 80 tahun setelah sekian lama  melawan barah.

Selain Batman Forever (1995) dan Batman & Robin (1997), beliau juga pernah mengarahkan filem blockbuster seperti A Time to Kill, 8MM, Phone Booth, The Phantom of the Opera, Flatliners, The Lost Boys dan beberapa episod House of Cards.

Joel Schumacher dilihat bersama bintang ‘Batman & Robin’, Arnold Schwarzenegger dan George Clooney.

Selain sensasi dan kotroversi “Bat-Nipples”, pengarah prolifik itu pernah bertugas sebagai pereka kostum dan produksi sebelum beralih ke kerusi pengarahan, bahkan pernah mengarah sejumlah video muzik INXS, Lenny Kravitz, Smashing Pumpkins termasuk “Kiss from a Rose” nyanyian Seal untuk runut bunyi filem Batman Forever.

Generasi 90-an yang membesar dengan filem-filem karya Joel Schumacher masih mempunyai ramai peminat sehingga kini serta kesan dan impaknya pasti akan dirasai Hollywood buat selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *