The Flash sekali lagi telah kehilangan pengarah apabila John Francis Daley dan Jonathan Goldstein telah menarik diri.

Akan tetapi pengganti mereka telah ditemui segera apabila pengarah filem seram It, Andy Muschietti tampil untuk meneruskan projek tersebut.

Usaha Warner Bros. dan DC Comics untuk menggerakkan filem solo The Flash kerap dilanda cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ezra Miller (yang masih sah akan kembali sebagai watak Barry Allen/The Flash) telah menulis draf terbaru skrip cerita tersebut bersama pengkarya komik terkenal, Grant Morrison yang popular menerusi komik Arkham Asylum, All-Star Superman dan New X-Men. Walau bagaimanapun, laporan terkini memaklumkan bahawa pihak studio telah menolak idea cerita mereka dan sebaliknya melantik Christina Hodson (Bumblebee, Birds of Prey) untuk menghasilkan skrip yang baharu.

Ini mungkin kerana Ezra Miller mahukan tema dan tona cerita yang lebih serius sehingga menimbulkan konflik kepada pengarah John Francis Daley dan Jonathan Goldstein yang lebih senang dengan pendekatan lebih santai dan seronok.

Penggambaran prinsipal filem solo The Flash dijangka bermula pada Januari tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *