Categories
Animasi Anugerah Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Pengarah J.J. Abrams Mohon Restu George Lucas untuk Jalan Cerita THE RISE OF SKYWALKER!

Filem Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker nanti bukan hanya hadir sebagai penamat untuk trilogi baharu.

Ia juga akan menjadi penamat dan kesudahan untuk sebuah saga yang telah berjalan berdekad lamanya sejak permulaannya dalam Star Wars: Episode IV – New Hope pada tahun 1977. Maka dengan itu, pastinya wujud bebaban berat serta tekanan untuk sutradara J.J. Abrams dalam memberikan yang terbaik buat Saga Skywalker setelah sekian lama. Jadi siapakah yang lebih layak dalam membantunya menyelesaikan tugasan serta tanggungjawab ini kalau bukan pencipta asal dan Bapa Star Wars, George Lucas?

Bercakap dengan wartawan baru-baru ini, J.J Abrams mendedahkan bahawa beliau telah bertemu dengan George Lucas sebelum memulakan skrip filem tesebut demi membincangkan skop keseluruhan cerita termasuklah penamatnya:

“This movie had a very, very specific challenge which was to take eight films and give an ending to three trilogies. We had to look at what was the bigger story. We had conversations amongst ourselves. We met with George Lucas before we started writing the script. These were things that were in real, not debate, but you look at the sort of vastness of the story and trying to figure out what is the way to conclude this. But it has to work on its own as a movie. It has to be its own thing. It has to be surprising and funny, and you have to understand it. You can’t assume anyone has sat and watched eight movies before this one. And yet, I want a kid to be able to watch Episodes 1-9 and see that one story.”

Memang terdapat terlalu banyak persoalan menuju kepada tayangan rasmi Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker rentetan daripada perjalanan cerita karya tulisan dan arahan Rian Johnson dalam Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi.

Dan persoalan paling besar di sini sudah tentunya adalah bagaimanakah ia semua bakal berakhir dan siapakah dia rujukan watak untuk judul rasmi yang didedahkan semalam?

Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Disember, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.