Categories
Animasi Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Pengarah Rian Johnson Tidak Kisah Jika J.J Abrams Ubah Jalan Cerita THE LAST JEDI dalam STAR WARS: EPISODE IX!

Salah satu daripada persoalan paling besar dalam Star Wars: The Last Jedi sebelum ini adalah mengenai misteri yang menyelubungi sejarah dan susur galur keluarga Rey.

Ditinggalkan orang tuanya semasa di Planet Jakku, sutradara J.J. Abrams telah membuka seluas-luasnya laluan kepada Rian Johnson untuk mendedahkan rahsia tersebut selepas The Force Awakens.

Dalam tempoh masa itu, peminat dan pengikut setia francais popular tersebut telah mengemukakan bermacam jenis teori tersendiri. Namun Kylo Ren akhirnya mendedahkan kepada kita semua dalam The Last Jedi bahawa orang tua Rey adalah hanyalah orang biasa. Pengumpul dan penjual besi buruk yang menjual Rey untuk ketagihan mereka pada minuman keras. Ini merupakan satu plot yang cukup mengejutkan dan dalam masa sama turut mendatangkan banyak komentar dari semua pihak, baik para peminat mahupun pemerhati dan penggiat industri. Paling ketara adalah ramai yang masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh Kylo Ren kepada Rey itu adalah benar!

Ada kemungkinan besar yang J.J. Abrams bakal mengubah keputusan dan jalan cerita yang telah dipersembahkan oleh Rian Johnson sebelum ini serta memberikan Rey jalur keturunan yang lebih jelas.

Dan sekiranya ini terjadi, Rian Johnson sendiri mengakui beliau tidak kisah dan membenarkannya.

Bercakap kepada MTV semasa acara CinemaCon, pengarah tersebut ditanya sama ada beliau dimaklumkan tentang perkembangan terkini Star Wars: Episode IX serta pendapat beliau jika sejarah keluarga Rey diubahsuai oleh J.J Abrams:

“I’ve had a couple of conversations with [Abrams] but I’ve actually really enjoyed sitting back waiting to get my popcorn opening day and see how the thing turns out. I cannot wait. Like I said, I want to let go of all my expectations, I want to sit back, I want to be entertained. I want to be surprised. I want to be thrilled. I want him to do stuff that I wasn’t expecting him to do and just go along for the ride. For me, that’s why I go to the movies.”

Biarpun dengan reaksi yang berbeza-beza untuk The Last Jedi, Disney dan Lucasfilm yakin dengan visi kreatif Rian Johnson untuk menawarkan beliau peluang menulis dan mengarahkan sebuah trilogi baru Star Wars yang sama sekali tidak ada kaitan dengan Saga Skywalker.

Dalam wawancara di atas, beliau turut ditanya tentang status projek tersebut dan memberikan jawapan yang berikut:

“Still working on it. I’m excited about it. We’re just working ahead on it and they’re figuring out, slate-wise.. how it’s all gonna lay out. They’re working that up and I’m just chugging away on it and I can’t wait to get back into it.”

Star Wars: Episode IX akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Disember, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.