Categories
Blog

Prerogatif & Nuansa Komik (10/2019)

Cara aku membaca komik sekarang sudah banyak dan jauh berbeza dengan bagaimana aku mula-mula ketagihan dan ‘jatuh cinta’ lebih 30 tahun lalu.

Pada waktu dulu, aku sepertimana ramai budak-budak yang baca dan layan komik akan mula jatuh cinta dengan komik hanya pada kecantikan lukisan. Kemudian tidak lama selepas itu, jalan cerita dan segala watak yang ada di dalamnya. Langsung terus membina dengan elemen estetika dan pengaruh nilai budaya, sejarah dan falsafah lanjut remaja menuju dewasa. Ini termasuk nilai dan aset pelaburan yang wujud untuk setiap satu naskah komik yang disimpan.

Awal bacaan, alangkah betapa benci dan menyampahnya aku pada semua lukisan dan komik yang ada nama Mike Mignola. Lukisannya nampak buruk, teruk dan pernah aku label “malas”. Kini setelah faham stroke bayangan maut dan hadam gaya minimalis, segala isi kandung serta susur galur salasilah karya beliau aku jejak atas nama ketaksuban yang teramat sangat.

Aku tidak hanya membaca dan melayan tetapi sekarang menelaah dan mengkaji komik sebagai sebuah pretogatif dan nuansa berharga yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana naskah kreatif lain.

FM

Leave a Reply

Your email address will not be published.