Categories
Filem Komik

Professor James Moriarty Bakal Beraksi dalam Filem Spin-Off Spider-Man, MORBIUS!

Rentetan daripada kejayaan besar blockbuster Venom, Sony Pictures mengharapkan satu lagi keajaiban luarbiasa dengan satu lagi filem spin-off Spider-Man iaitu Morbius.

Dan setakat ini, pemilihan untuk barisan pelakon tampak memberangsakan serta menarik.

Berdsasarkan sumber berita yang dipetik daripad Deadline, Jared Harris (Sherlock Holmes: Game of Shadows, The Terror) telah sah dan rasmi akan beraksi untuk filem tersebut. Namun begitu watak dan peranannya masih belum lagi diketahui umum.

Beliau dijangka akan bertembung dengan pelakon utama, Jared Leto (Suicide Squad, Mr. Nobody) sebagai ahli biokimia disegani bernama Michael Morbius yang ditakdirkan berubah menjadi puntianak jadian setelah menyuntik dirinya sendiri dengan serum kelawar demi mengubat jangkitan penyakit yang sangat kompleks.

Filem ini juga menampilkan pelakon popular lain seperti Matt Smith and Adria Arjona.

Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa dengan skrip tulisan Burk Sharpless dan Matt Sazama.

Penampilan Pertama Morbius: The Amazing Spider-Man #101 (1963)

Leave a Reply

Your email address will not be published.