Categories
Filem Terkini

RASMI: Emily Blunt Terpilih Untuk Filem Terbaharu Christopher Nolan, OPPENHEIMER!

Emily Blunt (Edge of Tomorrow, A Quite Place) merupakan pelakon terkini yang bakal sertai Cillian Murhphy (Trilogi The Dark Knight , Peaky Blinders) sebagai pelakon utama filem terbaharu Chistopher Nolan.

Beliau akan memegang watak Katherine Oppenheimer iaitu isteri kepada J. Robert Oppenheimer, Bapa Bom Atom.

Penggambaran akan bermula pada awal tahun hadapan menggunakan format filem gabungan kamera IMAX 65mm dan kamera skala lebar 65mm.

Filem thriller sejarah berjudul Oppenheimer itu akan ditayangkan pada 21 Julai, 2023.

Bulan Julai 2023 turut menyaksikan saingan hebat filem lain seperti Mission: Impossible 8 (7 Julai, 2023) dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania (28 Julai, 2021)

Leave a Reply

Your email address will not be published.