Categories
Filem Komik Terkini

Respon Ezra Miller Kononnya Snyderverse Dipadamkan Demi Masa Depan DCEU!

Beberapa hari lalu, dilaporkan bahawa filem solo The Flash akan memadamkan semua kesinambungan filem-filem ‘SnyderVerse’ dalam DCEU. Apa pun sebenarnya yang bakal berlaku masih belum terbukti tetapi tidak mengejutkan sekiranya Warner Bros. sedang berusaha untuk mengambil arah tuju serta rancangan masa depan yang berbeza.

Kataya Superman akan diganti oleh Supergirl dan Justice League serba baharu akan muncul. Bagaimanapun, Ezra Miller yang melakonkan watak Barry Allen/The Flash kini telah menafikan laporan bahawa filem solonya nanti bakal memadamkan kesinambungan cerita Man of Steel (2013), Batman v Superman (2016) dan Justice League (2017) sepenuhnya.

Menjawab persoalan menerusi Instagram rasmi miliknya:

“No power or force in any known megaverse would or could ever erase Zack Snyder’s mighty wrkz. You can take that quote. Take that to the bank, to the press, to the schools, to the military, and the other pillar of capitalism I’m forgetting cause of that thing where you try to think of a group of things you always forget one of them.”

Semuanya akan berlaku dan ditentukan apabila The Flash mula berada di pawagam pada 4 November, 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.