REVIEW | BUMBLEBEE (2018)

Animasi, Filem, Review, Televisyen, Terkini

Dengan portfolio ampuh pengarah berkaliber Michael Bay menerajui LIMA buah filem sejak Transformers (2007), Transformers: Revenge of the Fallen (2009), Transformers: Dark of the Moon (2011), Transformers: Age of Extinction (2014) dan Transformers: The Last Knight(2017); maka kini tibalah masanya untuk para peminat dan pengikut setia francais tersebut beralih arah dan bersedia untuk era pembaharuan.

Memperkenalkan filem prekuel/spin-off, BumbleBee.

Sutradara baharu yang dipilih kali ini adalah pembikin filem karismatik dan bervisi iaitu Travis Knight dengan pendekatan yang besar kemungkinan akan mengejutkan kita semua kerana memang terlihat perbezaan. Perbezaan yang sebenarnya kita harapkan dan dambakan selama ini sejak awal idea pembikinan filem aksi hiduo Transformers!

1. Bumblebee sebagai Volkswagen Beetle, Transformers Generasi 1 (G1) dan Autobot Scout Trooper!

Dengan berlatarbelakang tahun 1987 yakni zaman awal kehadiran francais permainan dan siri animasi Takara/Hasbro popular itu untuk perhatian seluruh dunia, ramai peminat dan pengikut setia Transformers Generasi 1 (G1) pastinya akan bersorak gembira dengan kemunculan filem ini.

2. Rujukan Era Kegemilangan Animasi

Untuk mereka yang membesar pada tahun-tahun awal dan era kegemilangan siri animasi asal Transformers era G1 (1984-1992), terlalu banyak rujukan dan bahantara yang diambil terus daripada situ. Malah rekaan watak-watak popular seperti Optimus Prime, Ratchet, Wheeljack, Cliffjumper, Arcee, Starscream, Soundwave, Shockwave dan banyak lagi adalah begitu serupa dan sama sepertimana yang pernah ditonton semasa zaman kanak-kanak pada waktu itu.

Babak kegemaran penulis sudah tentunya setiap kali babak imbasan semula Perang Saudara di antara Autobots dan Decepticon di Planet Cybertron terutama sekali apabila mendengar suara Soundwave. Berderau pembuluh darah!

3. Revolusi Kreatif

Ada yang suka Michael Bay. Ada yang benci Michael Bay. Tidak kisah kem mana pun ada berada, filem ini memberikan  gambaran berbeza dan alternatif berlainan berbanding apa yang pernah anda tonton di layar pawagam sejak 2007. Pihak Hasbro dan Paramount Pictures telah mengambil langkah berani dengan menggerakkan lagi francasi mereka ke hadapan dengan membuka peluang kepada pengarah baru dan jalan cerita yang lebih menarik.

4. Sentuhan Travis Knight

Dengan pemilihan pengarah prolifik yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Academy bagi filem animasi stop-motion Kubo & the Two Strings (2016), ada visi segar yang mahu kita lihat.

5. SFX Sederhana tetapi Mantap!

Jika mahu dibandingkan dengan pendekatan Michael Bay dan Travis Knight, pendekatan pengarah terkini ini lebih sederhana tetapi mengesankan.

6. Optimus Prime!

Akhirnya, ini adalah versi Optimus Prime yang kita dambakan selama ini.

7. Tidak pernah tonton filem TRANSFORMERS? Mulakan dengan yang ini!

Jangan pening-pening kepala untuk tonton semua filem-filem Transformers dari awal kepada mereka yang belum menonton satu pun filem tersebut sebelum ini. Boleh terus layan yang ini kerana ia hampir bebas kontinuiti dan dapat dilayan begitu sahaja.

8. Jalan Cerita Sedap

Filem ini banyak mengingatkan penulis kepada filem Iron Giant (1999) arahan Brad Bird.

9. Kejutan Terjangka

Memang kita menjangkakan akan ada kelainan ketara sejak pengumuman filem ini. Termasuk babak-babak yang sudah dan belum terlihat menerusi treler rasmi serta video-video promosinya.

10. Permulaan Baru

Apabila filem ini keluar, memang akan ada perubahan dan permulaan baru yang akan dilakukan.

RATING: 4/5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *