Categories
Review

#REVIEW DC LEAGUE OF SUPER-PETS (2022)

1, Antara punca dan sebab utama saya mahu menonton lalu meletakkan ia di dalam senarai wajib tonton filem pada tahun 2022 adalah kerana barisan bintang besar yang hadir berkonsepkan komedi animasi superhero. Dia bukanlah parodi dan satira per se tetapi tetapi mengujakan saya!

2, Ini sejenis genre kegemaran saya mungkin dek kerana sudah terlalu banyak menghadam cerita superhero yang kebelakangan agak sedikit serius dan jauh meninggalkan genre komik atau komikal itu sendiri. Jadi DC League of Super-Pets (DCLOSP) muncul tepat masa memujuk hati saya.

3, Pengalaman pengarah yang pernah menerajui filem LEGO Batman dan Ninjago dan juga turut berperanan sebagai penerbit dan penulis skrip jelas membuktikan ia mengekalkan elemen komedi dan humor sama malah sedikit sebanyak menghiburkan pendekatan tersendiri.

4, Sekali lagi jika anda seorang pembaca dan peminat komik seperti saya, maka hampir langsung tidak ada yang mengecewakan kerana terlalu banyak tribute dan nods kepada aliran itu seperti (obviously) soundtrack filem Superman ’78 oleh John Williams, Batman ’89 oleh Danny Elfman.

5, Turut menambahkan getar debar fanboy dan fangirl adalah rujukan komik lain seperti masalah memiliki Invisible (Transparent?) Jet, dialog klise ketika berentap dan dilema superhero yang wujud dalam kompleksiti Multiverse tidak kira di alam DC mahupun Marvel.

6, Legion of Doom = Angkatan Akhir Zaman. Tabik hormat saya pada penterjemah sarikata filem ini. Awak memang menakjubkan!

7, Saya suka redesign baru Superman termasuk semua elemen-elemen rekaan yang bersangkutan dengan warisan Krptonian beliau. Terutama sekali simbol ‘S’ dan warna emas di belakang sayap Superman yang menonjolkan betapa regal House of El di bawah naungan Jor-El.

8, Seleksi para pelakon SNL adalah bonus besar yang mungkin ramai akan terlepas pandang selain daripada mega starpower yang sedia ada. Perlu diingat lakon suara tidaklah semudah yang disangka malah tidak ramai pula yang sanggup buat.

9. Oh. Syabas juga buat Sean Lee kerana turut hadir sebagai cameo pelakon suara dari Malaysia bernama Waffles, seekor anjing baka Boston Terrier yang tinggal di Kota Metropolis. Saya bertambah bangga sebab dia ni budak Subang Jaya dengan dialek Subang Jaya cukup keras untuk menjiwai jelmaan watak tersebut!

10. Saya tidak sabar lagi untuk tunggu kehadiran filem sekuelnya (jika ada) kerana potensi perkembangan watak-watak lain dalam Semesta Sinematik Animasi DC Comics. Ingat: Selain Krypto, Superman juga ada Beppo, Streaky dan Comet!

RATING: ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ 

Leave a Reply

Your email address will not be published.