REVIEW | HOLMES AND WATSON (2018)

Filem, Review, Terkini

Gandingan dua pelawak paling popular di Hollywood, Will Ferrell dan John C. Reilly memang sentiasa dinantikan di layar pawagam selepas selepas filem-filem mereka sebelum ini berjaya menarik hati penonton. Yang paling diingati sekali sudah tentunya Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby dan Step Brothers.

Namun setelah beberapa tahun kebelakangan ini, tiada sebarang rekod gandingan bersama antara mereka kecuali beberapa cameo serta watak pembantu.

Sehinggalah filem ini muncul untuk tayangan musim cuti hujung tahun yang baru ini.

Malang sekali akibat terlalu lama mencipta nama dengan kejayaan masing-masing dan terpisah, jelas kelihatan magis yang hilang. Ada jenaka yang menjadi. Banyak jenaka yang tidak menjadi kerana terlalu bergantung harap pada slapstick. Sekiranya kita masih lagi berlegar di tahun 80an dan 90an, mungkin masih segar dan menjadi. Namun dewasa ini dengan kehadiran lebih ramai pelawak yang lebih inovatif dan muda di pawagam, mereka perlu kemaskini mutu persembahan kerana filem ini kurang menjanjikan pembaharuan.

Selain pertama kali membuat parodi ikon tanah Inggeris seperti Detektif Sherlock Holmes, ternyata ini adalah pendekatan paling berani pernah dilaksanakan oleh Will Ferrell, John C. Reilly mahupun pengarahnya Etan Cohen yang lebih bagus mutu karyanya sebagai penulis skrip kerana pernah menghasilkan cerita untuk Beavis and Butt-head, Men in Black dan Tropic Thunder.

Secara keseluruhan, filem ini tidak berjaya menandingi rekod asal gandingan hebat Will Ferrell dan John C. Reilly.

Cuma ada terdapat sedikit babak yang mencuit hati penonton terutama sekali babak-babak yang melibatkan cameo watak terkenal atau parodi filem atau siri televisyen Sherlock Holmes sebelum filem ini ditayangkan.

Sebagai pembayang, cuba cari easter egg dan cameo berikut: Mark Twain. Alber Einstein. Houdini. Charlie Chaplin. Mary Poppins. Mycroft Holmes dan Billy Zane!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *