Categories
Blog

Saya adalah ‘Agent of Disruption’ (13/2019)

Hari ini dengan secara terbuka saya telah mengumumkan perletakan jawatan serta keahlian saya daripada Pekomik (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) di seluruh saluran media sosial milik saya.

Secara rasminya, ini bukan kali pertama saya berbuat demikian.

Kali pertama saya meletakkan jawatan adalah pada tahun 2015 di atas keculasan saya mengendalikan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan sehingga menyebakan nama persatuan tercalar dalam salah satu acara buku terbesar di negara ini. Mengambil tindakan salah laku itu dengan sepenuhnya pada diri sendiri, saya tidak mahu keadaan menjadi keruh atau kritikal, maka saya melepaskan jawatan Naib Presiden pada waktu itu dengan rela hati.

Selang lebih 3 tahun kemudian, saya sekali lagi dilantik menjadi Exco Pekomik walaupun pada Mesyuarat Agung yang lalu hanya hadir sebagai menyokong agenda persatuan di sampung memilih barisan Ahli Jawatankuasa baru untuk penggal akan datang. Walaupun ramai sedia maklum rekod saya yang lalu dan disebabkan ramai kawan-kawan yang mahu saya berada dalam persatuan, saya terima pemilihan itu dengan hati terbuka.

Langit tidak selalu cerah. Mungkin ujian dan dugaan lebih besar buat kali ini kerana terpaksa sekali lagi mengundur diri untuk menjaga nama baik persatuan.

  1. Saya telah melakukan perkara yang tidak disenangi oleh pelanggan saya kerana gagal menghantar dan memulangkan wang kiriman komik mereka tepat masa.
  2. Saya disabitkan kesalahan tersebut secara berjemaah di laman sosial media terutamanya di dalam grup Facebook kolektor-kolektor komik dengan hukuman yang sewajarnya sehingga dituduh sebagai ‘scammer’.
  3. Lebih mendukacitakan, nama Pekomik telah terkait dengan perkara di atas walaupun pada dasarnya ia tidak ada kena-mengena dengan urusan persatuan apatah lagi di bawah pemantauan mereka. Kelemahan dan kekurangan yang terjadi disebabkan salah saya serta segala urusniaga antara penjual/pembeli adalah berpunca daripada saya juga.

Ini belum lagi ada yang menuduh saya sebagai kebal daripada sebarang tindakan dan lebih janggal pula ada yang masih beranggapan saya masih lagi menyandang jawatan Presiden Pekomik yang pada hakikatnya telah saya lepaskan pada tahun 2015 yang lalu dalam sesi Pemilihan yang adil dan telus.

Sebagai rekod, kesemua baki dan segala rekod pelanggan yang tertinggal serta keciciran itu telah saya hubungi. Saya telah memaklumkan segala ketirisan dan kesalahan yang berlaku serta nekad untuk menebusnya satu persatu.

Buat yang membaca entri blog kali ini, harap dapat menjadikan kisah benar ini sebagai ikhtibar dan jangan lakukan apatah lagi amalkan sepertimana yang dilakukan dan diamalkan oleh saya.

Saya adalah ‘Agent of Disruption’.

Kerja saya adalah mengganggu dan menjana pergolakan dalam ekosistem industri yang monotonus. Tergendalanya kepada perubahan sehingga boleh mewujudkan suasana kritikal dan kompleks.

Seperti yang terkandung dalam pekeliling rasmi, saya ingin mengambil ruang dan peluang ini untuk memohon maaf sekali lagi.

Mungkin juga saya sengaja mengada-adakan suasana yang tidak terjangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.