Categories
Filem Komik Terkini

Selepas Kegagalan Box-Office, Tiada Lagi Sekuel HELLBOY?

Usaha menghasilkan reboot filem Hellboy telah terbukti sebagai satu kegagalan besar serta mengecewakan para pengkritik dan penonton seluruh dunia.

Menurut bintang utama David Harbour, wakil Lionsgate dan penerbit masih belum menghubunginya untuk kembali berperanan dan beraksi semula sebagai watak “Anung Un Rama” atau lebih popular dengan gelaran Hellboy karya Mike Mignola terbitan Dark Horse Comics bagi potensi sekuel. Ini menguatkan lagi andaian yang masih tidak ada pelan aktif untuk menerbitkannya gara-gara resepsi negatif.

Dalam satu wawancara, beliau telah mengeluarkan kenyataan demikian:

“There’s a lot of people who reach out to me who really loved it and really enjoyed the new take and were just happy to see him back on the screen. But I know in the culture at large, I don’t think it was very well received. I think the idea is to move on. The producers spoke to me just saying ‘Great job,’ and they really liked what I did. Still I haven’t heard anything about a sequel and I’m not hanging my hat on anything like that.”

Filem reboot tesebut hanya menerima kutipan USD$21.9 juta untuk pasaran domestik dengan bajet produksi USD$50 juta (tidak termasuk kos pemasaran dan edaran filem).

Leave a Reply

Your email address will not be published.