Seronoknya Superman Dulu & Sekarang!

Sejak sekian lama, memang banyak siri adaptasi komik yang saya ikuti di kaca televisyen sebelum kedatangan internet dan siaran-siaran strim terkini kala ini.

Kebanyakannya sudah tentu sekali adalah yang popular seperti Batman (1966), The Incredible Hulk (1977), Superboy (1988), Lois & Clark: The New Adventures of Superman (1993), Smallville (2001) dan banyak lagi. Pada masa itu juga semua rancangan yang saya sebutkan tadi siarannya tidaklah seawal atau tepat masa kerana stesen televisyen di negara ini masih lagi mengamalkan sistem lama.

Bayangkan di Amerika Syarikat para penonton sudah terlebih dahulu bersorak-sorai gembira lalu teruja menyaksikan Clark Kent mendedahkan identitinya kepada Lois Lane. Sedangkan kita di Malaysia baru mula tercongok-congok depan televisyen beberapa bulan (malah makan tahun!) baru dapat menjerit suka.

Zaman itu spoil apa pun tiada guna.

Bukan sahaja sebab sudah ketinggalan tetapi mutu jalan cerita setiap episod yang dipersembahkan juga tidaklah seradikal atau sehebat siri-siri zaman ini. Golongan geek dan group fanatik pun masih belum aktif. Kami semua tonton lebih untuk seronok-seronok dijadikan bahan borak di sekolah, berkongsi teori dan tidak fikir sampai pecah kepala mahu up apa di FB atau WhatsApp kerana petang nanti kami ada banyak lagi punca keseronokan lain seperti main bola petang nanti atau layan Street Fighter di arked SS15 Subang Jaya.

Sekarang ini mengikuti WandaVision atau Superman & Lois macam mahu pergi ambil peperiksaan besar.

Ada yang study siang malam.

Ada yang buat prep group.

Ada yang dapat soalan bocor.

Ada yang dapat soalan bocor dan share.

Ada yang dapat soalan bocor dan share dan tidak kisah langsung kalau kantoi.

Where is the fun in that?

Tapi pastinya ramai yang akan mendenhus dan cakap belakang seraya berkata:

“Ah.. Itu dulu, bang. Dulu-dulu dulu punya ceritalah!”

Well. Fair enough.

Cuma abang ini hanya hendak kongsi cerita yang seronoknya berkomik ini sejak dulu, sekarang dan sampai bila-bila kita kena jaga sama-sama.

Kalau kita yang tak jaga kita.. siapa lagi ye tak?


FM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *