Categories
Animasi Bollywood Filem Komik Terkini

Shah Rukh Khan Beraksi sebagai Mufasa dalam versi Hindi THE LION KING!

Bulan lalu Walt Disney Studios telah mengumumkan yang bintang legenda Bollywood, Shah Rukh Khan dan anaknya Aryan Khan akan melakonkan watak suara Mufasa dan Simba untuk versi Hindi The Lion King.

Dengan tarikh tayangan tersebut tinggal lebih kurang tiga minggu lagi daripada sekarang, Disney telah mendedahkan sebuah treler epik dengan label “Kebangkita Raja (Rise of the King)” yang memberikan kita previu sulung pelakon Kuch Kuch Hota Hai (1998) dan Mohabbatein (2000) itu mempersembahkan aksi suaranya sebagai watak ayahanda paling ikonik dalam sejarah sinematografi.

The Lion King arahan Jon Favreau ini merupakan kolaborasi kedua Shah Rukh Khan dan anaknya bersama Disney setelah sebelum ini melakonkan watak suara Mr. Incredible dan Dash untuk The Incredibles versi Hindi pada tahun 2004.

Dengan nilai dan aset berjumlah USD$750 juta serta gabungan peminat yang fanatik seluruh dunia, Shah Rukh Khan diiktiraf sebagai bintang filem popular antarabangsa paling berjaya bukan sahaja di Bollywood. Kredit lakonannya sudah pun melampaui angka 100 buah filem dan turut memiliki produksi studionya sendiri, Red Chillies Entertainment dan Red Chillies VFX.

The Lion King versi Hindi akan berada di pawagam seluruh India pada 19 Julai nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.