Mungkin ramai yang beranggapan entri blog kali ini masih lagi berkisah tentang filem ‘Master Z: The Ip Man Legacy’ yang baru saya review semalam di sini.

Sedikit mungkin. Selebihnya adalah trivial

Tetapi itu bukan tujuan sebenarnya. Tujuan sebenarnya adalah saya ingin berkongsi tentang pengalaman menonton filem di pawagam yang memerlukan kita membaca sarikata terjemahan di layar filem. Terutama sekali filem-filem yang bukan berbahasa kebangsaan seperti Inggeris, Jepun, Korea, Tamil atau Kantonis/Mandarin.

Ada beberapa terjemahan sejak kebelakangan ini sudah jauh lebih baik daripada terjemahan yang pernah saya baca semasa di sekolah atau paling tidak pun sedekad yang lalu. Mungkin kualiti penterjemah sekarang adalah sejajar dengan negara yang semakin lama semakin bijak dan berkenan menonton filem di pawagam berbanding DVD/Blu-ray atau torrent.

Namun masih wujud lagi beberapa sisa-sisa terjemahan yang main belasah dan asal siap sahaja.

Sekiranya ini berlaku, bakal wujud tiga situasi yang tidak terjangka:

  1. Mood tontonan akan berubah mendadak,
  2. Jalan cerita dan plot filem akan lari sedikit sebanyak,
  3. Penonton akan terasa mahu pegang remote control dan mute subtitle.

Contoh ini berlaku apabila saya menonton filemĀ ‘Master Z: The Ip Man Legacy’ tempoh hari.

Ada babak polis membuat serbuan di sebuah kelab malam. Keadaan tiba-tiba menjadi kecoh dan gempar dengan kehadiran pihak berkuasa. Ketua Inspektor turun dari kenderaan lantas berkata:

“Siapa yang buat adegan di sini?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *