Categories
Komik Televisyen Terkini

Siri Disney+ IRONHEART Bakal Perkenalkan Anak Obadiah Stane/Iron Monger 2.0!

Baru-baru ini, kita telah mendapat pengesahan bahawa Dominique Thorne akan membuat debut sebagai Riri Williams/Ironheart menerusi filem Black Panther: Wakanda Forever sebelum menerajui siri Disney+ sendiri pada tahun 2023.

Dan laporan terbaharu yang diperolehi mendedahkan penjahat manakah yang akan mencabarnya kelak.

Sumber-sumber ada menyebut bahawa anak perempuan/lelaki kepada penjahat Iron Man asal iaitu Obadiah Stane lakonan Jeff Bridges akan membuat penampilan pertama Marvel Cinematic Universe di dalam Ironheart. Watak itu digambarkan sebagai berada dalam lingkungan usia 40-an, bijak dan humoris.

Di dalam komik, Obadiah Stane memang ada seorang pewaris bernama Ezekiel “Zeke” Stane yang juga pernah muncul sebagai Iron Monger yang baharu!

Komik THE INVINCIBLE IRON MAN #6 (2008)

Leave a Reply

Your email address will not be published.