Isu terdahulu untuk komik The Walking Dead telah menyaksikan satu detik tragis dan bersejarah untuk judul popular terbitan Image Comics dan Skybound itu.

Dengan tamatnya riwayat serta pemergian watak protagonis utama iaitu Rick Grimes, ramai yang beranggapan bahawa jalan cerita komik ciptaan karya Robert Kirkman itu akan diteruskan menerusi anaknya Carl Grimes sebagai fokus. Namun segalanya akan tamat secara rasmi pada isu #193 dengan kesudahan dan penamat definitif untuk keseluruhan komik tersebut sejak isu sulung yang pertama kali terbit sebagai naskah hitam putih pada tahun 2003.

Dengan berketebalan 71 halaman muka surat, ramai peminat dan kolektor komik pasti akan menjadikannya naskah berharga untuk aset simpanan untuk masa hadapan.

Siri televisyen The Walking Dead bermula sebagai sebuah adaptasi luhur dan tepat pada sumber asal. Tetapi kemudiannya, ia bercambah menjadi plot cerita yang lebih progresif dengan kematian dan korban beberapa watak-watak utama yang sebenarnya masih hidup hingga kini di dalam komik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *