Desas-desus yang mengtakan tentang kembalinya Arnold Schwarzenegger sebagai Conan the Barbarian nampaknya telah tidak lagi kedengaran sejak kebelakangan ini. Namun begitu terdapat beberapa laporan menarik mengenai pahlawan gasar ikonik ciptaan Robert E. Howard itu untuk adaptasinya yang terkini.

Sumber melaporkan bahawa akan ada siri Conan baharu yang bakal bersiaran di Netflix termasuk rancangan untuk produksi siri animasi.

Pencarian kini sedang dijalankan untuk penulis skrip dan pengarah untuk menerajui siri ini.

Ini jelas merupakan projek yang berasingan dari siri TV Conan yang sedang dilaksanakan oleh Amazon yang pernah diumumkan pada tahun 2018 dulu. Kali terakhir kita melihat wira Cimmerian ini beraksi adalah melalui filem Conan (2011) yang dibintangi oleh Jason Momoa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *