Superman Balik Kampung..

Blog, Komik, Televisyen, Terkini

Aku sepertimana berbilion-berbilion manusia di muka bumi ini yang lainnya kenal siapa dia Superman.

Maka siapa yang tidak kenal Superman itu mungkin berasal dari Planet Bumi barangkali.

Bila cerita Superman, ramai juga sudah banyak kali baca komik atau tonton filem dan siri televisyen yang sama berulang kali dengan plot yang juga lebih kurang serupa. Daripada filem adaptasi sulung lakonan Christopher Reeve ke pembawakan Henry Cavill menerusi Snyderverse sehinggalah ke siri televisyen Lois and Clark era 90an ke bermusim-musim episod Smallville pada permulaan era milenium. Tentang segala komik-komik dan naskah yang sudah mula terbit sejak Action Comics #1 tahun 1938 tidak perlulah aku ceritakan di sini. Sebab sudah tentunya akan memakan masa pula untuk kita ulas dan throwback.

Apa pun begitu buat mereka yang setia mengikuti siri Superman & Lois yang mula disiarkan pada awal tahun ini, sudah pasti mengakui dan bersetuju akan betapa bagusnya perjalanan kisah superhero kesukaan ramai yang kini sudah berkeluarga. Dengan keadaan semasa yang memaksa mereka balik kampung dan menghadapai cabara-cabaran hidup baru di sana, ini bukanlah cerita Superman yang kaleng-kaleng.

Ada yang menganggap ini sekadar kisah Elseworld dan tidak canon langsung dalam mana-mana susur masa utama komik mahupun televisyen atau filem. Tetapi fokus hidup untuk setiap masalah berdasarkan tontonan setiap episod jelas membuktikan bahawa some crisis are just too big even for a superhero like Superman.

Dan melepas separuh masa pertama musim sulung ini, nampaknya masalah demi masalah yang menimpa hidup Clark Kent sekeluarga belum nampak tanda-tanda hendak reda tambah pula sudah melibatkan kemunculan abang tiri dan ibunda tercinta yang menjelma dalam jasad cinta lama!

Faizal Mukhtar selaku penulis tidak sabar-sabar lagi mahu lihat sama memang sah Superman ini bukan Superman yang sebenar kerana tidak berapa berkenan dengan pembawakan dan pemilihan pelakon Hoechlin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *