Categories
Artikel

Syabas Luke Cage Di Atas Lantikan Datuk Bandar New York!

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan syabas serta sekalung tahniah kepada Tuan Luke Cage kerana telah dilantik menjadi Datuk Bandar New York City baru-baru ini.

Setelah tumbangnya Wilson Fisk (juga dikenali sebagai Kingpin oleh pihak media) yang menyandang jawatan tersebut sebelum ini akibat terbongkarnya kes-kes korupsi dan kebobrokan yang amat dahsyat, maka bandaraya tersohor kebanggaan ramai itu dapatlah kembali hidup rukun aman dan damai. Situasi yang digelar “Devil’s Reign” kini sudah pun berlalu. Tidak ada apa lagi yang perlu ditakutkan lagi.

Sekadar gambar hiasan.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil ikhtibar di atas apa yang berlaku malah menghindar dari politikus-politikus seperti Wilson Fisk, Harry Osborn mahupun Lex Luthor memegang tampuk kepimpinan rakyat lagi yang sudah semakin bijak memilih tanpa dipukau atau disantau sentimen dan agenda peribadi mereka.

FM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.