Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | ZOMBIELAND 2, Siri TV CHILD’S PLAY, TOM & JERRY Terbaru!

Sony Pictures telah melancarkan sebuah imej terbaru untuk sekuel Zombieland arahan Ruben Fleischer.

Poster yang bermain sekitar meme #10YearChallenge tersebut jelas memaparkan imej Tallahassee/Woody Harrelson, Columbus/Jesse Eisenberg, Wichita/Emma Stone dan Little Rock/Abigail Breslin bersebelahan poster rasmi filem 2009 dan kelibat terbaru tahun ini.

Terbaru dikhabarkan adalah kemunculan watak Rosario Dawson (Sin City, Daredevil) untuk sekuel arahan Ruben Fleischer itu. Tiada butiran lanjut mengenai wataknya telah diberikan setakat ini tetapi bakal menyusuli pendatang baru Zoey Deutch dan Avan Jogia dalam apa yang dianggap sebagai satu peranan yang besar.

Zombieland: Double Tap akan berada di pawagam 11 Oktober, 2019.

***

 

Francais filem Child’s Play terus mantap ‘menghantui’ kita semua selama lebih tiga dekad lamanya dengan 7 buah filem dan satu edisi remake pada tahun ini.

Namun sejak tahun 2017, kami telah mendengar khabar angin bahawa sebuah siri televisyen sedang dalam dibangunkan oleh pihak studio. Dan pada hari ini, Syfy dengan gabungan syarikat induk NBC Universal telah mengumumkan bahawa mereka telah memperolehi hak rasmi siri televisyen yang dilaporkan itu!

Filem versi terbaru untuk permainan patung puaka bernama Chucky itu akan berada di pawagam pada 21 Jun, 2019.

 

***

 

Tanpa ragu-ragu lagi, Warner Bros. Pictures kini sedang maju ke hadapan dengan filem aksi hidup/animasi popular Tom & Jerrry yang menampilkan pelakon terkenal lain.

Sama ada ua akan kelihatan fotorealistik atau jelmaan animasi seperti Space Jam dan Smurfs masih belum diketahui. Akan tetapi sebuah seni konsep (concept art) telah muncul baru-baru ini untuk memberikan sedikit gambaran mengenai filem tersebut walaupun kelibat Jennifer Lawrence di bawah ini hanya untul tujuan ilustrasi produksi semata-mata.