#TERKINI | Treler Baru DETECTIVE PIKACHU, X-MEN: DARK PHOENIX & HOTEL TRANSYLVANIA 4! (27/2/19)

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Detective Pikachu akan ditayangkan selang beberapa minggu selepas tayangan Avengers: Endgame seluruh dunia.

Namun begitu, apa yang kita telah lihat berdasarkan treler rasmi pertamanya dulu membuktikan bahawa adaptasi aksi hidup watak kegemaran ramai ini boleh menandingi cabaran box-office dan treler terbaru di bawah ini sekali lagi membuktikannya!

Sekiranya anda tidak mahu terganggu dan didedahkan dengan spoiler besar menerusi filem tersebut, kami syorkan anda tinggalkan entri ini serta-merta.

Masih di sini?

Bagus.

Ini bermakna anda mahu tahu apa yang ada di dalam treler tersebut.

Selain daripada Pikachu dan ramai lagi kemunculan Pokeman lain dalam filem aksi hidup ini, MewTwo jelas akan hadir dalam perjalanan cerita dan ia kelihatan begitu mengagumkan! Memang terdapat desas-desus bahawa kemungkinan watak kegemaran ramai permainan video dan siri animasi ciptaan Satoshi Tajiri  tersebut akan muncul. Dan treler hari ini telah mengesahkannya secara rasmi.

Warner Bros. wajar berasa bangga kerana dapat menangkap sebuah lagi francais besar selepas Harry Potter dan Semesta Kembangan DC Comics (DCEU).

Tonton treler rasmi dan terbaru Detective Pikachu di bawah ini yang bakal ditayangkan pada 10 Mei, 2019:

 

***

 

Sebuah treler terbaru dan poster teaterikal rasmi filem X-Men: Dark Phoenix  telah didedahkan oleh 20th Century Fox dan Marvel.

Walaupun treler acah (teaser) sebelum ini hanya nampak ringkas dan sederhana, masih wujud tarikan tontonan oleh peminat setia untuk kisah adiwira mutan Marvel tersebut. Tambahan lagi ia kini sudah sah kembali dan menjadi milik Marvel Studios.

Treler rasmi terbaru dan poster teaterikal dapat anda lihat di bawah ini:

Filem X-Men: Dark Phoenix ini akan bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Jun, 2019.

 

***

 

Hotel Transylvania mungkin tidak mendapat perhatian ataupun tarikan besar sepertimana francais filem animasi lain.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini ia tetap akan diberikan suntikan sekuel kerana Columbia dan Sony Pictures Animation merasakan bahawa Hotel Transylvania 4 wajar diteruskan kerana ia mempunyai barisan peminat setianya yang tersendiri.

Bintang dan pelakon suara asal iaitu Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Steve Buscemi, David Spade, Keegan-Michael Key, Molly Shannon, Fran Drescher dan Mel Brooks dijangkankan akan muncul kembali untuk filem ini.

Cuma belum pasti sama ada pengarah Genndy Tartakovsky yang bertanggungjawab menghasilkan tiga filem terdahulu akan kembali untuk sekuel tersebut.

Sebagai rekod, filem Hotel Transylvania 3: Summer Vacation (2018) sebenarnya adalah filem animasi paling menguntungkan buat Sony Pictures Animation pernah dihasilkan setakat ini. Ia berjaya meraih sebanyak USD$528 juta bagi pasaran global. Dan filem animasi dari studio sama yang baru memenangi Anugerah Academy baru-baru ini, Spider-Man: Into the Spider-Verse tidak dapat mencapai tahap itu dengan hanya kutipan terkumpul USD$359 juta.

Hotel Transylvania 4 mensasarkan tarikh tayangan seluruh dunia pada tanggal 22 Disember, 2021.

#TERKINI | Filem Srikandi X-MEN, Siri TV ALIEN, Saluran Strim APPLE! (15/2/19)

Animasi, Filem, Komik, Permainan Video, Podcast, Televisyen, Terkini

Dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, penerbit veteran X-Men Lauren Shuler Donner mendedahkan bahawa Fox sebelum ini terlebih dahulu berpeluang untuk menjadi perintis genere baharu filem-filem superhero dan komik sepertimana Wonder Woman (2017) dan Black Panther (2018) dengan filem yang dianggotai anggota wanita X-Men sebenuhnya!

Dalam kenyataan tersebut, beliau mendedahkan:

I frankly wanted to see an X-Women movieI didn’t get it through. But I think that would be cool. I think — not to have no guys in it, you have to have guys in it — but to make instead of Charles and Magneto at the helm it’ll be whomever. Kitty Pryde and Illyana Rasputin. Something like that.

Kebetulan juga, sebuah drama bersiri tentang sekumpulan superhero Marvel telah dibatalkan oleh ABC tetapi ia adalah besar kemungkinan disebabkan oleh pelancaran saluran strim Disney+ yang memaksa semua harta intelek Marvel ke sana.

 

***

 

Rentetan sumber laporan mengenai siri televisyen Alien yang sedang dalam fasa pembangunan kala ini, kami telah berjaya mendapat susulan maklumat berkaitannya.

Nampaknya bukan hanya kita akan mendapat satu tetapi dua siri dua projek televisyen berdasarkan filem asal karya pengarah terkenal Ridley Scott itu!

Ia akan diterbitkan oleh beliau sendiri menerusi saluran strim Hulu yang ternyata sukses dengan siri Castle Rock gabungan dua minda dan mahakarya J.J. Abrams/Stephen King pada tahun lalu. Ridley Scott kini sedang sibuk menyiapkan siri televisyen fiksyen sains sulungnya berjudul Raised by Wolves untuk saluran TNT.

 

***

 

Selepas khabar angin yang menyatakan Apple bakal membeli Netflix tidak menjadi kenyataan, nampaknya gergasi teknokrat multinasional itu mahu dan semakin serius dalam saingan kandungan strim atas talian.

Berdasarkan sumber rasmi, perkhidmatan strim digital atas talian milik mereka sendiri bakal didedahkan menerusi satu gala gilang-gemilang pada 25 Mac bulan hadapan!

Ia akan dihadiri ramai barisan bintang ternama dan nama-nama besar industri hiburan seperti Jennifer Aniston, J.J. Abrams, Jennifer Garner, Reese Witherspoon dan ramai lagi. Dengan ramalan penggunaan format yang sama sepertimana Netflix dan Amazon termasuk kandungan eksklusif sendiri, ini jelas merupakan satu langkah strategik oleh Apple selepas urusniaga dan keuntungan jualan iPhone sejak kebelakangan ini yang tidak menentu.

 

#TERKINI: Pandang Pertama Black Canary, Famili DOOM PATROL, Nama Baru FOX/DISNEY!

Animasi, Anime, Anugerah, Filem, Komik, Manga, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Fox Broadcasting, cawangan daripada entiri Fox Corporation hari ini dengan secara rasmi telah mengumumkan nama baru.

Dengan gabungan bersama setelah belian aset syarikat oleh Disney, ia kini dikenali hanya dengan nama Fox Entertainment.

Sebeleum ini, The Fox Broadcasting Company iaitu pemilik kepada rangkaian Fox Television Network, Fox News dan pelbagai lagi jaringan televisyen kabel menggunakan kod samaran sementara “New Fox.” CEO Fox Entertainment, Charlie Collier mengeluarkan kenyataan rasmi yang berikut:

“We’ve renamed simply Fox Entertainment. It is an open canvas upon which we’ll create new ways to do business. It’s a startup company, albeit with roughly 26 billion dollars in valuation.”

 

***

 

Produksi dan penggambaran filem kini sudah pun bermula secara rasmi untuk filem terbaru DC Comics berjudul Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn) arahan Cathy Yan.

Dan pada hari ini juga, kita telah didedahkan dengan beberapa foto eksklusif dari set lokasi yang memperlihatkan kelibat Jurnee Smollett-Bell (Grey’s Anatomy, True Blood) sebagai Black Canary!

Walaupun kelibat beliau hanya muncul beberapa detik dalam video acah ringkas untuk pengumuman filem tersebut baru-baru ini, sekarang kita dapat melihat sosok beliau secara dengan lebih jelas menerusi filem yang dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia tepat setahun daripada hari ini pada tanggal 7 Februari, 202o.

 

***

 

Doom Patrol dijangka akan bersiaran menerusi saluran strim DC Universe pada 15 Februari nanti.

Ini bermakna kita akan pasti dapat menonton sebuah treler rasmi bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sementara menunggu, mari kita lihat poster rasmi terbaru siri tersebut yang menampilkan April Bowlby sebagai Rita Farr/Elasti-Woman, Brendan Fraser sebagai Clifford “Cliff” Steele/Robotman, Matt Bomer sebagai Larry Trainor/Negative Man, Joivan Wade sebagai Victor Stone/Cyborg, Diane Guerrero sebagai Kay Challis/Crazy Jane dan Timothy Dalton sebagai Dr. Niles Caulder/The Chief!

#TERKINI | Pendedahan AVENGERS: ENDGAME, Filem X-MEN oleh BENDIS, TOY STORY 4!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Televisyen, Terkini

Perisai asal Captain America dikembalikan? Groot ada seragam baru? Kemunculan sulung Ronin? Thor merajuk?

Walaupun kita terpaksa menanti sekurang-kurangnya sehingga bulan hadapan untuk treler rasmi kedua Avengers: Endgame disiarkan, Marvel Studios tetap tidak menghampakan dengan pendedahan slot promo iklan berdurasi 30 saat hari ini.

Tonton video promo tersebut di bawah ini:

Avengers: Endgame akan berada di pawagam seluruh dunia pada 26 April, 2019.

 

***

 

Tonton video promo terbaru untuk filem Toy Story 4 yang menyaksikan Ducky dan Bunny cuba ‘membuli’ Buzz Lightyear tetapi kurang berkesan di bawah ini!

Toy Story 4 membuka fasa seterusnya selepas trilogi kisah pengembaraan Woody, Buzz dan kawan-kawannya pada 21 Jun, 2019.

 

***

 

Penulis komik berprofil tinggi, Brian Michael Bendis  hari ini mendedahkan yang beliau sebenarnya sedang menulis sebuah skrip untuk filem X-Men!

Bekas penulis Marvel yang juga pernah menulis komik All-New X-Men beberapa tahun lalu telah disenaraikan oleh 20th Century Fox untuk melahirkan sebuah lakon layar untuk sebuah filem baru yang wujud dalam Semesta X-Men studio tersebut. Filem itu hanya diberi kod judul ‘143’ dan dijangka akan diarahkan oleh Tim Miller (Deadpool, Terminator 6).

Walaupun penggabungan Studio Fox dan Disney meletakkan pembangunan kesemua francais filem X-Men dalam tanda tanya serta status semasa Brian Bendis kini sebagai pengkarya rasmi DC Comics, penulis pemenang 5 kali Anugerah Eisner itu mengesahkan bahawa projek tersebut tetap diteruskan seperti dirancang.

Aquaman vs Namor!

Blog

Semalam saya ada berbual dengan salah seorang pengikut tegar dan peminat setia kedaikomikonline.

Dia ada menyatakan hasrat lebih menginginkan sebuah filem Namor berbanding Aquaman atas sebab-sebab serta alasan beliau tersendiri. Salah satunya yang ditekankan adalah Namor the Sub-Mariner adalah lebih bad ass daripada Aquaman katanya.

Namun, persoalan lebih penting di sini adalalah pada titik permulaan dan jalan cerita manakah yang bakal diperkenalkan Kerabat DiRaja Atlantis Marvel tersebut?

Jika ditanya saya, alang-alang semua hak dan francais komik Fox sudah kembali ke Marvel Studios, elok sahaja jalan cerita di bawah ini diletupkan kepada dunia! —