Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | TERMINATOR 6, ANT-MAN 3, THE BATMAN!

Menurut sumber dan wawancara eksklusif yang dipetik menerusi Yahoo Entertainment, James Cameron sudah pun mempunyai judul untuk filem Terminator terbaru nanti:

“Terminator: Dark Fate”

Itu judul sementara menantikan tajuk rasmi yang dijangka bakal diumumkan tidak berapa lagi. Beliau yang juga berperanan sebagai penerbit eksekutif, meluahkan keyakinan terhadap pengarah Tim Miller selaku pengarah untuk sekuel langsung kepada Terminator 2: Judgement Day (1991) tersebut. Selain kehadiran semula Linda Hamilton dan Arnold Schwarzenegger, filem ini juga turut memberi fokus kepada jalan cerita yang lebih setia kepada plot asal serta cenderung kepada konsep “kuasa wanita” (women empowerment).

Bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 1 November, 2019.

 

***

 

“There’s been talk about another ‘Ant-Man’. But there’s been nothing formal right now that I know of. They always kind of spring it on me. The first time you hear about it, it’s already in its third rewrite..”

Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Douglas selaku pemegang watak Dr. Hank Pym semasa acara Persatuan Pengkritik Televisyen Amerika Syarikat (TCA) untuk perkembangan filem Ant Man seterusnya baru-baru ini. Walaupun ia masih lagi merupakan khabar angin namun apa jua boleh berlaku.

Beliau dilihat kali terakhir menjadi debuan angin bersama Janet dan Hope Van Dyne menerusi babak akhir kredit Ant-Man and the Wasp tahun lalu akibat petikan ‘jari maut’ Thanos.

 

***

 

Jake Gyllenhaal, Ryan Gosling, Jack O’Connell, Jon Hamm malah Nick Jonas sendiri telah menunjukkan minat untuk menggantikan Ben Affleck yang telah meninggalkan Batman untuk filem solonya akan datang.

Terbaru yang sedang hangat digembar-gemburkan adalah Robert Pattinson!

Bintang popular Twilight dan Harry Potter tersebut adalah pilihan peminat paling mengejutkan setakat berita tersebar sejak dua minggu lalu namun sehingga sekarang, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Warner Bros. atau DC Comics untuk filem arahan Matt Reeves itu. Jika ini benar dan sah, ingat bahawa anda mendengarnya terlebih dahulu di KEDAIKOMIKONLINE.COM