Categories
Filem Terkini

Michelle Yeoh Bakal Bintangi Sekuel Filem Terbaru AVATAR!

Pelakon ternama kelahiran Malaysia, Tan Sri Dato’ Michelle Yeoh yang telah menikmati karier cemerlang di Hollywood kini dengan kejayaan blockbuster Crazy Rich Asians (2018) dan siri televisyen fiksyen sains popular Star Trek: Discovery telah terpilih untuk membintangi sekuel-sekuel terbaru Avatar arahan James Cameron.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, beliau akan memegang watak seorang saintis bernama Dr. Karina Mogue.

Selepas mencipta nama dalam industri perfileman di Hong Kong dan seterusnya meletakkan namanya di persada antarabangsa sebagai Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies (1997), namanya semakin mekar dengan filem drama aksi Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Avatar (2009) merupakan sebuah epik fantasi yang berlatarbelakangkan dunia asing bernama Pandora dan masih lagi bertakhta sebagai juara box-office setelah meraih kutipan rasmi US$2.8 bilion (RM11.58 bilion) di seluruh dunia.

Avatar 2 dijangka ada berada di pawagam seluruh dunia menjelang Disember 2020 dengan susulan tiga filem sekuelnya selepas itu.

Categories
Filem Terkini

Sekuel AVATAR Hadir dengan Penampilan Rasmi dan Watak Misteri Vin Diesel!

Bintang utama francais mega Fast & Furious, Vin Diesel dengan rasmi telah menerima lamaran sutradara terkemuka James Cameron untuk EMPAT sekuel filem Avatar!

Vin Diesel mengumumkan berita tergempar itu menerusi video Instagram dengan kapsyen:

“And the journey continues… #Blessed #Grateful #Avatar.”

Watak beliau dalam filem-filem tersebut bagaimanapun tidak didedahkan sepertimana yang dapat anda tonton dalam video di bawah ini dengan pengarah James Cameron berada di sisinya:

 

View this post on Instagram

 

And the journey continues… #Blessed #Grateful #Avatar

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Diarahkan dan ditulis oleh James Cameron, sekuel-sekuel tersebut Avatar akan dibintangi Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Giovanni Ribisi, Joel David Moore, Edie Falco, Kate Winslet, Oona Chaplin, Vin Diesel dan David Thewlis.

Avatar 2 bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Disember, 2020 manakala Avatar 3 bakal menyusul lebih kurang setahun kemudian pada 17 Disember, 2021.