Categories
Komik Terkini

CONAN THE BARBARIAN Membuat Kemunculan Sulung dalam Marvel Comics!

Setelah bertahun lamanya berkelana dan bermukim di Dark Horse comics, Conan the Barbarian kini akhirnya membuat kemunculan sulung rasmi (kembali) menerusi Marvel Comics!

Detik bersejarah itu hadir minggu ini menerusi kejutan pada halaman akhir naskah komik Avengers: No Road Home #5 yang kini sudah berada di pasaran.

Dengan kemunculan Panglima Perang Cimmerian itu, maka pengembaraan watak yang pernah dipopularkan menerusi filem klasik lakonan Arnold Alois Schwarzenegger tersebut akan dirancakkan lagi menerusi komik Savage Avengers yang bakal diterbitkan pada Mei 2019.

Berikut adalah sinopsis dan kenyataan rasmi komik tersebut:

“Following his critically acclaimed and sold-out SAVAGE SWORD OF CONAN series, writer Gerry Duggan, along with his best-selling INFINITY WARS artist Mike Deodato, will embark on a new and epic adventure this May in Marvel’s all-new series SAVAGE AVENGERS! Spinning out of the events of AVENGERS: NO ROAD HOME, SAVAGE AVENGERS will find Conan fighting alongside an “unsanctioned team of heroes” in the Marvel Universe including Wolverine, Venom, Punisher, Elektra and Brother Voodoo. It is just what it says on the label. It’s all of the biggest badasses of the Marvel Universe brought together uneasily in one explosive series and with Conan as a wild card. It’s big, it’s brash, it’s explosive, it never slows down: The only scenes in SAVAGE AVENGERS that involve a table is when somebody is being thrown through one!”