Categories
Komik Terkini

Legenda Komik Frank Miller dan John Romita Jr. Hasilkan SUPERMAN: YEAR ONE!

Pengkarya, pelukis dan penulis komik legenda untuk karya klasik seperti The Dark Knight Returns dan Daredevil Born Again kini kembali menzahirkan hasil ilham terbarunya terbitan DC Comics berjudul Superman: Year One! 

Di bawah tanda nama ‘Black Label’, isu pertama berformat besar itu akan rasmi berada di pasaran pada bulan Jun nanti manakala isu #2 pada Ogos dan isu #3 pada Oktober 2019.

Edisi jilid lengkap pula akan diterbitkan pada November nanti dengan kali ini Frank Miller hanya hadir sebagai penulis dan ilustrasi dalaman dilukis oleh John Romita Jr. dan Danny Miki selaku pendakwat serta Alex Sinclair sebagai pewarna.

Berikut adalah sinopsis lengkap untuk komik tersebut:

“Superman: Year One is a coming-of-age story for the future Man of Steel, featuring a young alien-boy just trying to find his place in a new world. Faced with the need to hide his heritage and powers in order to survive, Clark will find his humanity through the grounding of the Kent family and the relationships that will define the man he will become. Told by two of the most revered voices in comics, Superman: Year One is more than a superhero story – it’s about the choices made by Clark Kent on his path to becoming a legend. It’s a testament to the importance of choosing to become a hero.”

Frank Miller yang sebelum ini turut popular dan mencipta nama dalam industri pada sekitar dekad 80an menerusi Batman: Year One memang diakui ramai peminat sebagai pengkritik Superman paling lantang. Oleh itu dengan adanya komik Superman: Year One ini bakal menjawab dan seterusnya merungkai persoalan mengapakah beliau sanggup menelan kata-katanya sendiri demi penghasilan naskah di atas!

Black Label merupakan sebuah terbitan DC Comics dengan penghasilan karya siri mini atau edisi terhad yang menampilkan watak-watak dalam Semesta DC untuk pembaca matang dengan format prestij. Judul sulung di bawah cetakan ini adalah Batman: Damned yang terbit pada September 19, 2018.