Categories
Artikel

Akhirnya.. Joe Quesada Kembali Ke DC Comics!

Kembalinya Joe Quesada ke DC Comics selepas bertahun lamanya menabur jasa dan bakti sebagai Ketua Editor dan Ketua Pegawai Kreatif (CCO) di Marvel merupakan satu kejutan yang amat dialu-alukan oleh ramai peminat.

Semasa penghujung acara New York Comic Con ’22 baru-baru ini, rakan seperjuangan beliau Jim Lee yang juga menjawat tugasan sama di DC Comics telah mengumumkan secara rasmi bahawa Joe Quesada akan mula berkarya semula di sana dengan menghasilkan beberapa siri variant cover untuk komik Batman. Semua ini didedahkan dalam sebuah panel khas yang sebelumnya turut digegarkan dengan sesi komik Batman/Spawn bersama Todd McFarlane.

Joe Quesada pernah berkhidmat sebagai CCO Marvel dari tahun 2010 sehingga 2019 sebelum umum untuk keluar dan Ketua Editor dan Pengarah Kreatif sejak memperkenalkan siri Marvel Knights dan Ultimate Marvel pada awal tahun 2000.

DC Comics merupakan penerbit besar pertama dan paling awal yang menawarkan peluang untuk beliau berkarya pada tahun 1990. Kali terakhir Joe Quesada melukis untuk DC Comics adalah kira-kira 25 tahun lalu menerusi komik crossover Azrael/Ash Special (1997) iaitu terbitan di bawah studionya sendiri, Event Comics.

Categories
Komik Terkini

#SDCC2022 Spawn/Batman Bakal Bergabung Lagi Hujung Tahun Ini!

Ini ada berita baik untuk semua peminat komik di mana jua berada.

Spawn/Batman rasmi akan kembali beraksi bersama sejak pertama kali bertemu 28 tahun lalu. Pengumuman ini dibuat oleh Todd McFarlane sendiri menerusi satu pengumuman khas di San Diego Comic Convention (SDCC) dengan pelukis komik popular kegemaran ramai, Greg Capullo juga turut kembali sebagai ilustrator utama.

Komik 48 halaman berformat ‘one-shot’ tersebut bakal diterbitkan pada 13 Disember, 2022.

Kali terakhir kedua-dua adiwira yang berasal dari DC Comic dan Image Comics ini bertemu adalah pada tahun 1994 dengan komik ditulis oleh Frank Miller (Dark Knight Returns, 300) dan Todd McFarlane sendiri.

Categories
Uncategorized

Tonton Video Acah Sulung untuk Siri Animasi REY MYSTERIO!

Superstar WWE, Rey Mysterio telah berkongsikan satu video acah pendek untuk siri animasi berkonsepkan lucha libre yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Video sepanjang lapan saat itu memaparkan watak beliau yang bergaya di arena penonton ketika penyiar memanggil namanya dan berakhir dengan logo siri Rey Mysterio.

Berita mengenai siri animasi Rey Mysterio pertama kali muncul pada 4 September lalu semasa panel mengejut menyambut Hari Cartoon Network. Rey Mysterio akan menceritakan petualangannya melawan ancaman durjana sambil senario dunia gusti profesional dengan elemen misteri, sihir dan ghaib!

Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Kostum Kuda Belang Batman Buat Kemunculan Semula Selepas 60 Tahun!

Kostum Kuda Belang Batman muncul buat pertama kali menerusi Detective Comics isu #275 dengan misi adiwira Kota Gotham tersebut berhadapan seteru aneh bernama Zebra Man.

Tetapi selepas itu, kelibat Batman dan busana peliknya itu tidak lagi kelihatan.

.. sehinggalah pada Batman Annual isu #4 baru-baru ini!

Ia diceritakan semula dalam tulisan diari yang direkodkan sendiri oleh Alfred Pennyworth, butler peribadi Bruce Wayne/Batman yang mengimbas kembali pengembaraan-pengembaraan luarbiasa Batman sepanjang perkhidmatan dengan majikannya sejak dulu.

 

 

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Selamat Tinggal, Robin.. Bekas Sidekick Batman Kini Rasmi Bergelar DRAKE!

Selepas Tim Drake berkeputusan hadir dengan nama superhero baru dalam Young Justice isu #8, peminat dan pembaca komik nampaknya perlu tunggu sehingga dua isu berikutnya untuk bekas sidekick Batman itu mendedahkan kostum terkini dalam isu #10.

Kini dengan hanya bergelar “Drake”, Robin ketiga selepas Dick Grayson dan Jason Todd itu mengenakan busana adiwira barunya dalam satu muka surat klimaks babak tempur menentang organisasi Crime Syndicate of America yang muncul dari dimensi alternatif, Earth-3.

Dan apabila Young Justice tampil menerusi imej dramatik dalam isu #10, di sinilah kita dapat melihat gambaran lebih jelas Drake beserta logo barunya itu!

Young Justice #10 kini sudah mula berada di pasaran pada 6 November, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

Zoƫ Kravitz Sah Rasmi sebagai Selina Kyle/Catwoman dalam THE BATMAN!

Laporan yang diterima pada awal hari ini telah mengesahkan bahawa ZoĆ« Kravitz secara sah dan rasmi dipilih untuk memegang watak Selina Kyle/Catwoman untuk filem solo The BatmanĀ yang terbaru arahan Matt Reeves.

Ini bukan kali pertama keterlibatan beliau untuk projek Batman kerana beliau pernah menyumbangkan suara untuk The LEGO Batman Movie.

Anak kepada Lenny Kravitz ini akan digandingkan bersama Robert Pattinson yang memegang watak Bruce Wayne/Batman dan Jeffrey Wright sebagai Pesuruhjaya Gordon. Jonah Hill juga dikhabarkan dalam rundingan akhir untuk watak anatgonis: Sama adaĀ The Riddler atau The Penguin.

Antara portfolio filem Zoe Kravitz adalah Mad Max: Fury Road, X-Men: First Class, Blade Runner 2049, Spider-Man: Into the Spider-Verse dan banyak lagi. Manakala calon-calon pelakon lain pilihan pengarah untuk watak Seline Kyle\/Catwoman sebelum ini adalah Zazie Beetz, Tessa Thompson dan Lupita Nyong’o.

The Batman dijadualkan untuk tayangan seluruh dunia pada 25 Jun, 2021

Categories
Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

Kevin Conroy Bakal Tampil sebagai Bruce Wayne Aksi Hidup dalam CRISIS ON INFINITE EARTH!

Dalam satu panel untuk saluran televisyen CW yang diadakan sempena acara Television Critics Association (TCA) hari ini, terdedah beberapa butiran eksklusif untuk siri pelintas 5-episod Crisis on Infinite Earths yang bakal siarkan pada hujung tahun ini.

Terkini adalah kehadiran Kevin Conroy yang begitu popular sebagai watak suara Bruce Wayne/Batman menerusi Batman: The Animated Series dan permainan videoĀ Arkham. Beliau bakal muncul sebagai Bruce Wayne aksi hidup daripada masa hadapan!

Ada besar kemungkinan beliau tidak akan mengenakan seragam Batman untuk siri pelintas tersebut tetapi dijangka menghuni semesta yang sama sepertimana watak Superman versi Kingdom Come lakonan Brandon Routh.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Kelibat Batman Akhirnya Muncul dalam Episod Musim Terakhir Siri TV GOTHAM!

Dengan episod terkini yang banyak dipengaruhi impak cerita filemĀ Dark Knight Rises (2012), siri televisyenĀ GothamĀ rasmi akan hadir buat kali terakhir pada minggu hadapan.

Maka akhirnya kita akan dapat melihat Bruce Wayne berubah menjadi adiwira bernama Batman buat pertama kali sejak siri ini diperkenalkan pada tahun 2014. Hampir kesemua jalan cerita tersebut nanti akan berlaku pada masa hadapan yakni 10 tahun selepas Bruce Wayne pergi berkelana dan kembali untuk membantu Detektif (Pesuruhjaya)Ā Jim Gordon menumpaskan Riddler dan Penguin.

Duo itu kini sudah bangkit menyerap identiti mereka sebagai antagonis secara rasmi denganĀ Selina Kyle/Catwoman yang tampil lebih dewasa.

Tonton episod musim terakhir itu yang berjudul “The Beginning” dengan audio vokal watak Batman buat pertama kalinya:

Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Podcast Televisyen Terkini

DC Comics Dedahkan Judul Logo Baru selepas DETECTIVE COMICS #1000!

KeluaranĀ Detective ComicsĀ #1000 pada minggu ini menandakan bermulanya sambutan rasmi ulangtahun ke-80 untuk Batman.

Edisi istimewa tersebut menghidangkan banyak kisah-kisah menarik menelusuri era berbeza adiwira Kotaraya Gotham itu serta melahirkan sebuah misteri baru dengan kemunculan versi terkiniĀ Arkham Knight!

Dan pada hari ini semasa Panel Khas “DC Celebrates 80 Years of Batman Comics”Ā menerusi acara WonderCon yang berlangsung di Anaheim, DC Comics telah mengumumkan judul logo baru untuk komikĀ Detective ComicsĀ bermula dengan isu #1001.

Seperti mana versi rekaan judul logoĀ Detective ComicsĀ sebelum ini, nama “Batman” sekali lagi tetap dikekalkan. Akan tetapi perbezaan ketara di sini adalah keseluruhan rekaan tersebut telah disatukan dalam simbol Batman serta diadunkan dengan warna biru dan kuning yang cerah menyala.

Detective ComicsĀ #1001 dihasilkan oleh Peter J. Tomasi, Andrew Hennessy, Brad Walker, Nathan Fairbairn dan Rob Leigh bakal menyelongkar misteri Arkham Knight yang muncul pada halaman akhir isu #1000.

Bakal berada di pasaran pada 10 April, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Ralph Fiennes Nyatakan Minat Muncul sebagai Alfred Pennyworth dalam filem solo THE BATMAN!

Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa Ben Affleck bakal digantikan dengan pelakon baru dan muda untuk filem soloĀ The Batman, masih belum jelas sama ada pengarahĀ Matt Reeves turut akan menggantikan pelakon J.K. Simmons (Commissioner Jim Gordon) dan Jeremy Irons (Alfred Pennyworth) juga.

Terkini adalah laporan yang menyatakan bahawa Ralph Fiennes bakal beraksi sebagai penyelenggara/penasihat/penyimpan rahsia/pembantu rumah agam Keluarga Wayne yang setia selamanya itu.

Diajukan soalan dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini sama ada beliau berminat untuk beraksi sebagai versi aksi hidupĀ Alfred Pennyworth selepas melakonkan suara beliau menerusiĀ The LEGO Batman MovieĀ danĀ The LEGO Movie 2: The Second Part, beliau dengan bersemangat tetapi santai terus menjawab:

“A lot of good people have gone before me. I’d be happy to follow in their footsteps!Ā Put that out there! Alfred!”

Sama ada ia bakal menjadi kenyataan, kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangannya dari masa ke semasa.