Categories
Televisyen Terkini

IVE Betul-Betul Buat Peminat Terkejut Beruk!

IVE yang baru sahaja diperkenalkan telah menjadi perbualan hangat.

Ahli kumpulannya terdiri daripada 6 orang iaitu Liz, Rei, Gaeul dan Leeseo serta dua orang bekas ahli IZ*ONE iaitu Ahn Yujin dan Jan Won-Young.

Leeseo mengejutkan ramai peminat kerana visualnya yang cantik dan ketinggian badannya. Yang paling mengejutkan ialah usianya yang masih berusia 15 tahun!

Walaupun terdapat perdebatan mengenai Leeseo, ramai yang tetap menyokong IVE untuk mewujudkan impian mereka menjadi girl group setanding Twice, Blackpink, Aespa dan ramai lagi.

Selepas memperkenalkan artis terbaharunya, agensi itu mengesahkan tarikh debut mereka pada 1 Disember tahun ini.

 

 

Categories
Televisyen Terkini

MTV XOXO Dedahkan Keakraban Jeon Somi dan Blackpink?

Terkini, Jeon Somi yang merupakan artis solo YG Entertainment telah mengeluarkan sebuah album terbaru iaitu XOXO. Somi dan Blackpink berada dalam satu agensi yang sama di mana mereka sering kelihatan bersama.

Keakraban mereka boleh dilihat di sebalik tabir muzik video dan juga beberapa posting di Instagram yang menunjukkan mereka memberi sokongan antara satu sama lain.

Berbeza pula kali ini, Somi menunjukkan keakraban mereka di dalam muzik video album terbaharunya pula.

Di dalam lirik XOXO terdapat lirik yang pernah dinyanyikan oleh Jennie Blackpink iaitu “bichi naneun solo”. Lirik ini terdapat di dalam lagu debut solo Jennie pada tahun 2018 yang bertajuk Solo.

Para peminat juga mengatakan ada beberapa babak yang dibawa Somi menunjukkan babak yang pernah dibawa Blackpink.

Dalam video itu, Jeon Somi dilihat memecahkan cermin depan kereta dengan tukul. Peminat dengan cepat mengatakan bahawa Lisa melakukan perkara yang sama dalam video muzik Lovesick Girls.

Jeon Somi

Lisa

Somi turut mengenakan gaya rambut yang sama dan serupa seperti Rose Blackpink dan juga mengenakan beberapa prop yang pernah digunakan oleh Blackpink di dalam muzik video mereka.

Categories
Televisyen Terkini

Drama Sulung Jisoo Blackpink, SNOWDROP Bakal Temui Peminat Disember ini!

Setahun yang lalu, agensi Jisoo dari Kumpulan Blackpink iaitu YG Entertainment telah mengesahkan bahawa beliau bakal membuat penampilan sebagai pelakon dalam drama sulungya iaitu Snowdrop dengan gandingan pelakon hebat, Jung Hae In.

Selepas mendapat persoalan-persoalan daripada peminat mengenai bilakah drama tersebut akan ditayangkan, JTBC Drama iaitu syarikat produksi bagi drama tersebut telah mendedahkan kepada umum bahawa drama ini akan mula ditayangkan pada Disember tahun ini.

Drama ini akan berlaku di Seoul pada tahun 1987 yang mengisahkan Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang berlari masuk ke asrama wanita secara tiba-tiba dalam keadaan berlumuran darah. Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Peminat Blackpink pastinya akan berasa sangat teruja menantikan drama Snowdrop ini!