Categories
Animasi Anugerah Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Francais Filem STAR WARS Akan ‘Berehat’ Selepas THE RISE OF SKYWALKER!

Mungkin risau atau bimbang impak kritikan yang diberikan untuk kutipan pecah panggung filem Solo: A Star Wars Story, CEO Disney iaitu Bob Iger telah memberikan gambaran awal bahawa pihaknya bakal memperlahankan momentum pelepasan filem-filem yang berikutnya selepas ini.

Beliau turut menekankan kesesuaian masa yang lebih tepat dengan kandungan cerita lebih bermutu.

Bercakap pada sumber berita Bloomberg semalam, beliau bukan sahaja mengulangi kenyataan tersebut sebelum ini malah mengesahkannya akan ‘berehat’ selepas tayangan filem Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker hujung tahun ini:

“We have not announced any specific plans for movies thereafter. There are movies in development but we have not announced them. We will take a pause, some time and reset because the Skywalker saga comes to an end with this ninth movie. There will be other Stars Wars movies.. but there will be a bit of a hiatus.”

Walaupun demikian, servis penstriman terbaru Disney+ akan memastikan kandungan-kandungan baru untuk francais tersebut dengan projek bersiri seperti The Mandalorian, Musim Terbaru Star Wars: The Clone Wars dan sebuah kisah belem bertajuk untuk watak Cassian Andor dan K-2SO yang sebelum ini diperkenalkan menerusi filem Rogue One: A Star Wars Story.

Disney+ juga bakal menjadi perumah rasmi untuk filem Star Wars Episode IX – The Rise of Skywalker tatkala ia sudah selesai tempoh tayangan rasmi di pawagam dan bukan di platform atau pelantar strim atas talian lain.

Untuk makluman semua, terdapat dua trilogi baharu Star Wars yang kini sedang dalam proses pra-produksi di bawah sutradara Rian Johnson dan duo pemenang anugerah Game of Thrones, David Benioff dan D.B. Weiss.

Manakala itu setelah lebih 15 tahun menjadi Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO Disney, Bob Iger mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan dan bersara berpandukan kontraknya yang akan berakhir pada tahun 2021.

Sebagai rekod, beliau telah menjadi CEO Disney sejak tahun 2005. Ini bukan kali pertama beliau mahu bersara kerana kontraknya yang sepatutnya tamat pada tahun 2018 telah dilanjutkan dan dia memilih untuk bertahan serta kemudiannya bersetuju untuk melanjutkan khidmatnya bersama The Walt Disney Company selama tiga tahun lagi.

Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Disember, 2019.