Categories
Novel Televisyen Terkini

#TERKINI | WHEEL OF TIME, BOOK OF ENCHANTMENTS & Cameo Emosional Terakhir Stan Lee! (4/3/19)

Mahakarya fantasi pengarang terkemuka, Robert Jordan iatu Wheel of Time akhirnya telah mendapat ‘lampu hijau’ untuk sebuah siri Amazon Prime tidak lama lagi.

Diberitakan bahawa watak kegemaran ramai Moraine Aes Sedai akan menjadi bintang utama kisah tersebut berbanding Rand, Matt atau Perrin. Pengarah Uta Briesewitz yang cukup terkenal menerusi siri Jessica Jones, Westworld, Stranger Things, Orange is the New Black, Fear the Walking Dead dan banyak lagi telah dipilih untuk mengendali dua episod pertama.

Berikut adalah plot dan sinopsis rasmi penuh untuk siri tersebut:

“The story follows Moiraine, a member of the shadowy and influential all-female organization called the ‘Aes Sedai’ as she embarks on a dangerous, world-spanning journey with five young men and women. Moiraine believes one of them might be the reincarnation of an incredibly powerful individual, whom prophecies say will either save humanity or destroy it. The series draws on numerous elements of European and Asian culture and philosophy.”

Nantikan perkembangan lanjut untuk laporan di atas dari masa ke semasa.

 

***

 

Michael Seitzman (Quantico, Code Black) kini  sedang dalam fasa pembangunan untuk untuk sebuah siri baru terbitan Disney+ yang berjudul Book of Enchantments.

Siri tersebut akan mengambil inspirasi daripada buku cerita tulisan Serena Valentino yang fokus kepada kisah asal-usul 6 watak antagonis klasik Disney.

Contoh sinopsis daripada salah satu buku tersebut adalah seperti berikut:

“The tale of the young princess and her evil stepmother, the Wicked Queen, is widely known. Despite a few variations from telling to telling, the story remains the same: The Queen was jealous of the girl’s beauty and this jealousy culminated in the Queen’s attempt on the sweet, naive girl’s life.

Another tale far less often spoken of is the one that explains what caused the Queen to become so contemptuously vile. Still, some have attempted to guess at the reason. Perhaps the Queen’s true nature was that of a wicked hag and her beautiful, regal appearance a disguise used to fool the King. Others claim that the Queen might have hated the girl for her resemblance to the King’s first wife. Mostly, the Queen is painted as a morally abhorrent woman who never loved another being during the course of her miserable life.”

Once Upon A Time terbitan Studio ABC mempunyai premis dan inspirasi sama serta sudah pun tamat pada Mei 2018 lalu. Ia juga pernah dituduh menciplak idea komik DC Comics/Vertigo berjudul Fables tulisan Bill Willingham.

Book of Enchantments bakal disenaraikan ke dalam barisan siri-siri terbaru terbitan Disney+ lain setakat ini iaitu:

The Mandalorian
Siri Prekuel Filem Rogue One
Star Wars: The Clone Wars (Musim ke-7)
The Vision and Scarlet Witch
Loki
Falcon and Winter Soldier 
Mighty Ducks 
Monsters, Inc. 
Muppets Live Another Day

 

***

 

Menurut pengarah Anna Boden and Ryan Fleck, kemunculan dan cameo terakhir Stan Lee dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) menerusi filem Captain Marvel bakal menjadi sesuatu yang cukup emosional dan sentimental.

Tanpa mendedahkan sebarang spoiler, berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak mereka:

“I don’t want to get fired now, of all times. It would be so weird if I got fired at this point in time. So I don’t want to say anything I’m not supposed to say, but just that it was. We did want to kind of have a moment and tribute to Stan Lee in this movie, obviously. It was something that came from Marvel and when they showed it to us, there was not a dry eye in the house. It was really emotional. You know it just, it felt right. When you look at the script and you’re like, ‘Where are we gonna put Stan Lee in this movie?”

Ryan Fleck turut berkongsi pengalaman bersama Stan Lee semasa berada di set penggambaran:

“It’s just great when he comes on set it’s, uh, it’s a real honor to meet him. He’s a legend in this business and, uh, everyone really like pays attention and people come out of the woodwork, you know, some crew member you didn’t even know will come out trying to shake his hand. But really, it’s cool.”

Stan Lee telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada November lalu tetapi sudah pun siap menjalani penggambaran untuk 2-3 buah filem dan siri televisyen.

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh Malaysia pada hari Khamis ini 7 Mac, 2019.

Categories
Filem Komik Manga Televisyen Terkini

#TERKINI | Terima Kasih ‘Batfleck’, CAPTAIN MARVEL & Sekuel SADAKO! (19/2/19)

Walaupun ada segelintir engggan menerima kenyataan dan realiti tetapi hakikatnya hayat Ben Affleck sebagai Bruce Wayne/Batman kini rasminya telah berakhir.

Berita di atas disahkan sendiri oleh bakal pengarah filem solo adiwira kota Gotham yang akan datang tersebut, Matt Reeves dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Kita turut mendapatkan susulan pengesahan daripada Ben Affleck sendiri dan pada hari ini, pengarah dan sutradara asal yang bertanggungjawab memilih beliau sebagai watak tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Zack Snyder yang bertanggungjawab untuk filem Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League berkongsi entri ini menerusi lama rasmi Vero True Social miliknya:

 

***

 

Selepas spekulasi demi spekulasi yang tidak berkesudahan, nampaknya kini peranan sebenar Jude Law dalam filem Captain Marvel sudah hampir dapat dipastikan secara rasmi.

Ya. Seperti yang dijangka ramai, beliau sah akan memegang watak Yon-Rogg.

Ini dibuktikan menerusi sebuah terbitan adaptasi novel filem bertajuk “Starforce On The Rise”Sebelum ini, ada yang mengeluarkan bemacam teori dan ramalan tentang watak sebenar lakonan Jude Law. Antara teori dan ramalan popular adalah Yon-Rogg, Mar-Vell, perisik intergalaktik Skrull dan sebagainya.

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019 yang akan terus berkesinambungan dengan filem  Avengers: Endgame selepas itu.

 

***

 

Pada tahun 1998, filem Ring (リング Ringu) telah membuka lembaran untuk fenomena baharu dunia sinematik seram Asia dan juga dunia sehingga mendapat saduran versi buatan semula Hollywood.

Ia berjaya meraih kejayaan demi kejayaan blockbuster dengan prekuel dan sekuel filem hasil daripada adaptasi asal novel karya Hideo Nakata itu. Terkini adalah sebuah sekuel berjudul Sadako dengan poster teaterikal dan treler acah rasmi rasmi yang dapat anda lihat di bawah ini:

Sadako akan berada di pawagam seluruh Jepun pada 24 Mei, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Treler DOOM PATROL, Filem THE TRENCH, SKRULL!

DC Universe akhirnya telah menyiarkan sebuah treler acah rasmi untuk tayangan perdana siri televisyen strim terbaru, Doom Patrol!

Dengan pelbagai babak-babak baru termasuk pandang pertama watak penjahat Mr. Nobody yang dilakonkan oleh Alan Tudyk (Frozen, Big Hero 6, Rogue One), naskah adaptasi daripada DC Comics yang bakal bersiaran pada 15 Februari nanti dapat anda tonton di bawah ini:

 

***

 

Slot video promosi terbaru Captain Marvel di bawah ini padat dengan aksi-aksi dan babak yang belum terlihat sebelum ini.

Ia mempertontonkan bagaimana Carol Danvers/Captain Marvel cuba menerangkan kehadirannya ke bumi kepada Nick Fury termasuk penampakan anggota StarForce merempuh dan bertempur dengan sekumpulan platun askar Skrull!

 

***

 

Susulan kejayaan blockbuster luarbiasa Aquaman yang kini sudah kutipan tiket seluruh dunia melebihi USD1 bilion, sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter telah mendedahkan bahawa Warner Bros. kini sedang bersiap-siaga untuk fasa pembangunan awal filem spin-off, The Trench.

Gabungan bakat muda Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Bad Robot Productions di bawah sutradara J.J. Abrams untuk projek Super 8 (2011) dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011) telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi penulis skrip.

James Wan dan Peter Safran pula sah tetap kekal sebagai penerbit.

Tiada maklumat lanjut diperolehi melainkan ia bakal berlatarbelakangkan dunia dan kerajaan Trench tanpa kemunculan barisan pelakon-pelakon utama filem Aquaman sebelum ini.

Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | Barisan Poster Terbaru CAPTAIN MARVEL, Treler SPIDER-MAN: FAR FROM HOME Pecah Rekod, Filem X-FORCE!

Barisan poster terbaru untuk semua watak-watak utama yang bakal muncul menerusi filem Captain Marvel arahan Anna Boden dan Ryan Fleck telah didedahkan hari ini termasuk sebuah imej muka hadapan eksklusif dari majalah Empire.

Filem pertama Marvel Studios untuk tahun ini dan yang ke-21 dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) tersebut akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019.

 

* * *

 

130 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Itulah angka dan rekod baru yang telah berjaya dicetak oleh treler acah rasmi sulung Spider-Man: Far from Home baru-baru ini. Sekaligus mencatat rekod baru juga untuk mana-mana filem terbitan Sony Pictures. Manakala rekod sepanjang zaman kekal dipegang oleh treler acah rasmi Avengers: Endgame dengan 289 juta tontonan dalam sehari.

Spider-Man: Far From Home akan berada di pawagam pada 5 Julai, 2019.

 

* * *

 

Menurut pendedahan oleh penulis skrip Deadpool dan Deadpool 2 iaitu Rhett Reese and Paul Wernick, ada kemungkinan kita dapat melihat filem X-Force terlebih dahulu sebelum Deadpool 3. Ini dikongsikan dalam satu wawancara bersama mereka dengan kenyataan di bawah:

“According to the chronology that we’ve established, X-Force will be next, before Deadpool 3. It’s a bit of the ‘Iron Man 1, Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3’ model, in that sense. X-Force isn’t being written by us. It’s being written and directed by Drew Goddard, or at least that’s the plan right now. We’re not involved with that one.We do anticipate there will be a Deadpool 3 at some point but it’s just a little premature, because it will definitely take a backseat to X-Force for the time being.”

Sama ada ia bakal menjadi realiti dan berjalan seperti yang dirancang oleh pihak produksi, itu kita perlu tunggu dan lihat.

Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler, Video Belakang Tabir & Poster Terbaru untuk CAPTAIN MARVEL!

Seperti yang dijanjikan, Marvel Studios telah mendedahkan sebuah video treler baru untuk filem Captain Marvel semasa berlangsungnya Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun jika anda hanya menjangkakan satu video sahaja, maka bersedialah untuk satu lagi kejutan dengan sebuah lagi video di belakang tabir termasuk tiga poster eksklusif untuk Dolby, RealD 3D dan IMAX. Terdapat adegan baru antara Carol Danvers dan Nick Fury, sesi latihan intensif antara Captain Marvel bersama mentornya lakonan Jude Law dan satu babak yang mana kita dapat melihat bagaimana penakluk Skrull berubah wajah semasa di bumi!

Tonton treler video, pembikinan di belakang tabir dan ketiga-tiga set poster baru tersebut di bawah ini:

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

Lihat Motion Poster Terbaru dan Penampakan Hot Toys Filem CAPTAIN MARVEL!

Adakah anda bersedia untuk Captain Marvel sebagai pembukan filem superhero 2019?

Sempena sambutan tahun baru yang baru menjelma, Marvel Studios telah berkongsi sebuah motion poster untuk filem sulung mereka tahun ini. Ia menampilkan penampakan terkini teraju utama Brie Larson sebagai adiwira berkuasa mega: Captain Marvel.

Turut didedahkan adalah imej untuk figura Hot Toys berskala 1:6 dengan resolusi dan perincian tepat yang dapat dilihat di bawah:

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019.