Categories
Filem Televisyen Terkini

Pandang Pertama Sir Patrick Stewart dalam Siri Televisyen STAR TREK: PICARD!

Hari ini adalah hari penyampaian CBS Upfront di bandaraya New York.

Ia merupakan masa di mana rangkaian stesen penyiar mempersembahkan siri televisyen untuk musim terbaru mereka kepada bakal penaja dan iklan. Dan semasa giliran penyampaian CBS, para pengamal media dan penggiat industri telah berasa bertuah kerana dapat menonton paparan ringkas video Sir Patrick Stewart yang bakal kembali beraksi sebagai Jean-Luc Picard untuk siri televisyen baharu mengenai kapten kapal angkasa USS Enterprise-D!

Dengan nama Star Trek: Picard, kami mendapat laporan bahawa judul tersebut belum lagi muktamad atau rasmi.

Ini kerana pihak produksi mahu merahsiakan seberapa banyak butiran seboleh mungkin untuk pengumuman lebih terperinci menjelang acara San Diego Comic-Con pada bulan Julai nanti.

Ianya dijangka untuk siaran perdana menerusi saluran strim CBS All Access menjelang hujung tahun 2019.

Categories
Filem Komik Novel Televisyen Terkini

STAR TREK: PICARD Temui Pengarah dan Barisan Krew Baharu!

Star Trek dengan sejarah ideal serta progresif dunia perfileman dan televisyen sentiasa menjadi model ikutan ramai penggiat industri.

Terkini, Hanelle Culpepper (Criminal Minds, Revenge, Grimm) telah diumumkan sebagai pengarah untuk dua episod pertama siri televisyen terbaru francais tersebut yang memberi fokus kepada kapten pesawat angkasa USS Enterprise-D menerusi Star Trek: The Next Generation (1987-1994) iaitu Jean-Luc Picard.

Beliau bakal menempa sejarah sebagai wanita pertama yang mengemudi sebuah siri televisyen Star Trek series. Dalam pada itu, sumber kami turut mengesahkan dua pelakon yang bakal bersama beliau dalam pengembaraan ini iaitu Santiago Cabrera (Big Little Lies) dan Michelle Hurd (Blindspot).

Berikut adalah kenyataan media daripada Alex Kurtzman selaku Penerbit Eksekutif dan Ketua Produksi Kreatif francais baru tersebut:

“Hanelle is a gifted and dynamic filmmaker whose directorial choices are always deeply rooted in character . . . I’ve been a huge fan of her work since she started with us on Discovery, and she’s the perfect person to re-introduce the beloved character of Picard to longtime fans and new viewers alike. We’re thrilled she’s joining our Trek family on this next adventure.”