Categories
Filem Terkini

Kevin Hart Selamat Jalani Pembedahan Kecemasan Rentetan Kemalangan Ngeri!

Bintang filem dan pelawak terkenal, Kevin Hart yang dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang serius dan ngeri pada hujung minggu lalu telah selamat menjalani pembedahan kecemasan.

Berdasarkan sumber-sumber yang kami perolehi, kereta vintaj klasik Plymouth Barracuda telah melencong dan tersasar ke persisiran ngarai lebuhraya Mulholland dan masuk ke dalam parit lebih kurang 10 kaki dari jalan utama. Bumbung kenderaan tersebut telah remuk teruk akibat hentakan yang berlaku,

Beliau amat bernasib baik kerana terselamat daripada kecelakaan lebih parah dan dapat pulang semula ke rumah untuk mendapatkan rawatan segera yang kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan kecederaan belakang.

Menurut isteri beliau, Eniko Hart, pembedahan itu telah selamat dilakukan dan suaminya dijangkan akan pulih dan kembali sihat. Kevin Hart masih ditahan di hospital dalam tempoh beberapa hari ini untuk proses pemulihan serta pemeriksaan rapi.

Teman akrab beliau, Dwayne “The Rock” Johnson turut menzahirkan ucap selamat menerusi media sosial seperti yang terlihat di bawah ini:

 

View this post on Instagram

 

Stop messing with my emotions brother @kevinhart4real. We have a lot more laughing to do together. Love you man. Stay strong 🙏🏾

A post shared by therock (@therock) on

Perkembangan terkini akan kami pantau dan laporkan dari masa ke semasa.

Kevin Hart membintangi filem Jumanji: The Next Level bersama Dwayne Johnson, Jack Black, Karen Gillan dan ramai lagi untuk tayangan rasmi pada 13 Disember, 2019.

Categories
Animasi Filem Terkini

Tonton Treler Rasmi Terbaharu Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL!

Bersedialah wahai penduduk dunia dengan satu lagi ancaman intergalaktik!

Sebuah treler rasmi terbaharu untuk filem Men in Black: International sudah mula tertular hari ini yang menampilkan dua watak utama Agent H lakonan Chris Hemsworth da Agent M lakonan Tessa Thompson. Kedua-dua adalah duo sama yang turut dikenali menerusi filem Thor: Ragnarok (2017).

Kisah kali ini berpusat di kotaraya London dengan misi besar terbaru lebih runcing dan rumit: Memburu pengkhianat dalam organisasi Men in Black!

Tonton treler rasmi terbaharu tersebut di bawah ini:

Diarahkan oleh sutradara Straight Outta Compton (2015) dan The Fate of the Furious (2017) iaitu F. Gary Gray, ia turut menampilkan Steven Spielberg selaku penerbit eksekutif.

Men in Black: International akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Jun, 2019.

Categories
Filem Review Terkini

REVIEW | HOLMES AND WATSON (2018)

Gandingan dua pelawak paling popular di Hollywood, Will Ferrell dan John C. Reilly memang sentiasa dinantikan di layar pawagam selepas selepas filem-filem mereka sebelum ini berjaya menarik hati penonton. Yang paling diingati sekali sudah tentunya Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby dan Step Brothers.

Namun setelah beberapa tahun kebelakangan ini, tiada sebarang rekod gandingan bersama antara mereka kecuali beberapa cameo serta watak pembantu.

Sehinggalah filem ini muncul untuk tayangan musim cuti hujung tahun yang baru ini.

Malang sekali akibat terlalu lama mencipta nama dengan kejayaan masing-masing dan terpisah, jelas kelihatan magis yang hilang. Ada jenaka yang menjadi. Banyak jenaka yang tidak menjadi kerana terlalu bergantung harap pada slapstick. Sekiranya kita masih lagi berlegar di tahun 80an dan 90an, mungkin masih segar dan menjadi. Namun dewasa ini dengan kehadiran lebih ramai pelawak yang lebih inovatif dan muda di pawagam, mereka perlu kemaskini mutu persembahan kerana filem ini kurang menjanjikan pembaharuan.

Selain pertama kali membuat parodi ikon tanah Inggeris seperti Detektif Sherlock Holmes, ternyata ini adalah pendekatan paling berani pernah dilaksanakan oleh Will Ferrell, John C. Reilly mahupun pengarahnya Etan Cohen yang lebih bagus mutu karyanya sebagai penulis skrip kerana pernah menghasilkan cerita untuk Beavis and Butt-head, Men in Black dan Tropic Thunder.

Secara keseluruhan, filem ini tidak berjaya menandingi rekod asal gandingan hebat Will Ferrell dan John C. Reilly.

Cuma ada terdapat sedikit babak yang mencuit hati penonton terutama sekali babak-babak yang melibatkan cameo watak terkenal atau parodi filem atau siri televisyen Sherlock Holmes sebelum filem ini ditayangkan.

Sebagai pembayang, cuba cari easter egg dan cameo berikut: Mark Twain. Alber Einstein. Houdini. Charlie Chaplin. Mary Poppins. Mycroft Holmes dan Billy Zane!